Friday, December 4, 2009

Pemimpin, KEZALIMAN, dan DOA

Assalamualaikum w.b.t

Dalam minggu ini, terdapat satu berita yang boleh dikatakan agak sensasi iaitu berita mengenai Doa. Ekoran daripada berita inilah membuatkan saya lebih bersemangat lagi untuk membaca buku buku yang ada dalam simpanan. Terdapat banyak pendangan dan pendapat mengenai isu ini. Masing masing mengeluarkan pendapat berdasarkan pengetahuan, rujukan dan ilmu masing masing. Ekoran daripada itu, terdapat sekumpulan manusia yang berkumpul(beberapa hari lalu) mendesak supaya TG Nik Aziz meletakkan jawatan manakala pada hari ini, beratus2 kali ganda manusia berkumpul menyatakan sokongan terhadap kepimpinan TG Nik Aziz.

Memandangkan saya ni "oghe kelate", ada yang YM bertanya tentang situasi sebenar. "Apa kisah TG Nik Aziz ni??? Tak brape paham" Begitu lah lebih kurangnya. Ok, sebenarnya yang menjadi sebab wujudnya isu ini adalah berkaitan dengan isu "ROYALTI MINYAK".

Mengikut kefahaman saya yang cetek ini, ROYALTI MINYAK di beri kepada negeri yang perairannya mengandungi minyak yang di lombong oleh Petronas seperti yang di perolehi oleh Sarawak, Sabah dan T'ganu(di T'ganu di berhentikan ketika PAS memerintah dan baru sahaja di mulakan balik dan sepanjang PAS memerintah di berikan wang ehsan yang "dikatakan" di beri terus kepada rakyat). So, kenapa pulak Kelantan nak mintak ROYALTI?? Sebab nya adalah berdasarkan laporan dari Petronas ada menyatakan bahawa Kelantan adalah pengeluar minyak. Jika benar ape yang saya tahu ini, memang sepatutnya Kelantan turut mendapat Royalti Minyak ini dan sekiranya salah, maka bukan setakat ROYALTI, WANG EHSAN pun tak perlu kerajaan pusat beri.

JIKA BENAR Kelantan patut menerima WANG ROYALTI MINYAK seperti 3 negeri pengeluar yang lain, tetapi pemimpin atasan yang mempunyai kuasa (didunia ini selagi dia memilikinya) tidak memberikan hak ini, ia bermakna pemimpin tersebut telah TIDAK BERLAKU ADIL, TIDAK MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA, TIDAK MENUNAIKAN JANJI (seperti yang termenterai dalam perjanjian), dan telah MENZALIMI SELURUH RAKYAT KELANTAN (semoga Allah s.w.t memberi petunjuk dan hidayah kejalan yang diRedhai-Nya kepada diri saya, kepada pemimpin pemimpin dan seluruh umat Islam)

Dalam penulisan ini, saya bukan nya nak komen tentang DOA yang di buat oleh TG Nik Aziz, tetapi kisah kekuatan doa. Mungkin banyak lagi kisah kisah yang boleh kita jadikan pengajaran dan panduan dalam hidup kita, tetapi saya tertarik untuk berkongsi kisah ini mungkin sebab situasi semasa dan kebetulan baru sahaja baca mengenai kisah ini dalam pukul 1 pagi tadi.....

-------------------------------------------------

Daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu Anhuma baginda berkata Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Muadz bin Jabal ke Yaman dan baginda bersabda, "Takutlah akan doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya ia (doa tersebut) tidak ada penghalang antaranya dengan Allah s.w.t" (1)

Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Muadz bin Jabal (seorang yang soleh, zuhud, bertakwa dan warak) ke Yaman untuk menjadi penguasa di sana. Rasulullah s.a.w menasihati Muadz dengan nasihat ini agar orang selainnya lebih memperhatikannya. Muadz bin Jabal, seorang soleh bertakwa dan zuhud telah di nasihati oleh junjungan kita supaya takut akan DOA ORANG YANG DI ZALIMI sebelum di hantar menjadi penguasa. Tidak terfikirkah kita akan sebab sebab nasihat Rasulullah s.a.w itu?

Ternyata Rasulullah s.a.w sentiasa
i) mengingatkan para sahabatnya agar tidak terjerumus di dalam LEMBAH KEZALIMAN.
ii) memperingatkan para sahabatnya untuk berhati hati atas akibat yang timbul di sebabkan kezaliman, serta pengaruhnya amat pedih.
iii) MENGAJAK para sahabatnya untuk MENOLONG ORANG YANG DIZALIMI atau di aniaya dengan pelbagai cara yang diMASYRU'KAN.

"TAKUTLAH AKAN DOA ORANG YANG DIZALIMI"

Sebilangan daripada hadis Rasulullah s.a.w menyebut bahawa KEKUATAN DOA ORANG YANG DIZALIMI tidak akan ditolak. Diantaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Tirmidzi dan Abu Daud daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Terdapat tiga golongan manusia yang doanya tidak ditolak, orang yang berpuasa sehinggaia berbuka, SEORANG PEMIMPIN YANG ADIL dan DOA ORANG YANG DIZALIMI, yang di angkat Allah dan dibukakan Allah baginya pintu langit dengan firman-Nya, "Demi kebesaran-Ku, Aku akan menolongmu, walau setelah nantinya.""

"Terdapat tiga doa yang mustajab dan tidak ada keraguan di dalam kemustajabannya DOA ORANG YANG DIZALIMI, doa seorang yang di dalam perjalanan dan doa orang tua kepada anaknya."

"Takutlah akan DOA ORANG YANG DIZALIMI, sesungguhnya ia akan naik ke langit seakan-akan seperti percikan bunga api"(2)

Menurut penulisan Dr Muhammad Bakar Ismail didalam buku nya yang diterjemahkan ke bahasa melayu yang bertajuk "Wasiat-Wasiat Rasulullah s.a.w"(3), doa seseorang yang teraniaya adalah mustajab dan akan dikabulkan Allah s.w.t tanpa sebarang syarat ataupun kriteria. Doa tersebut di angkat secara langsung ke hadapan Allah s.w.t untuk diadili dengan penuh kebenaran dan tanpa sebarang halangan.

Diriwayatkan daripada Ahmad di dalam musnadnya daripada Abu Abdullah Al-Asadiy berkata; "Aku mendengar Anas bin Malik Radhiallahu Anhu berkata, "Rasulullah s.a.w telah bersabda, "DOA SESEORANG YANG DIZALIMI walaupun dalam keadaan KAFIR, tidak ada hijab"""(4)

Terdapat satu kisah yang diselit kan di dalam buku (3) yang patut dibaca, direnung, di ambil akhtibar dan disampaikan terutama kepada sesiapa yang bergelar PEMIMPIN dan yang bakal menjadi pemimpin tak kira samaada PEMIMPIN NEGARA, PEMIMPIN NEGERI, PEMIMPIN DAERAH, PEMIMPIN KAMPUNG mahupun PEMIMPIN PERSATUAN atau pun PEMIMPIN GERAKAN.

Diriwayatkan bahawa salah seorang raja daripada bani Israil membangunkan satu Istana megah yang besar dan sangat indah bentuknya. Tiada sebarang kecacatan pada binaan Istana tersebut, kecuali pondok seorang wanita jompo. Oleh yang demikian raja merobohkan pondok wanita tersebut. Saat wanita tersebut melihat rumahnya telah hancur, dirinya bertanya, "Siapakah yang menghancurkan rumahku ini." Lalu ada yang menjawap, "Sang raja." Kemudian wanita ini pergi menemui sang raja dan ingin memintak haknya. Sesampai di istana wanita ini berkata,"Apakah benar engkau yang telah menghancurkan pondokku?" Sang raja berkata, "Ya, benar." Kemudian wanita itu bertanya, "Mana HAKku," sang raja menjawap,"Tidak ada HAK bagi dirimu," Wanita itu kemudian berkata, "Demi Allah s.w.t, aku akan menDOAkanmu." Lalu ia pun menDOAkan agar sang raja diberikan balasan atas perbuatan kezaliman yang telah dilakukannya.

Pada waktu malam telah tiba dan saat semua mata telah terlelap dibuai tidur mereka, Allah s.w.t merobohkan istana sang raja. Allah s.w.t meninggalkan satu potongan ayat yang tertulis pada salah satu dindingnya yang tersisa iaitu,

Apakah engkau meremehkan DOA ORANG YANG DIZALIMI
Dan engkau tidak mengetahui apa yang dibuat DOA itu
Hukum Allah s.w.t lah yang engkau lihat ini
Dan tidak ada hukum kalian yang kekal bentuknya.

Kisah di atas ini bukannya bertujuan untuk menakutkan dan seterusnya menyebabkan tidak ada yang sanggup menjadi PEMIMPIN seterusnya sehingga berjaya menaikkan PEMIMPIN YANG TIDAK TAHU QURAN(tahu merangkumi memahami, menghayati dan mengamalkannya serta yang seangkatannya), tetapi supaya kita berwaspada dengan setiap keputusan kita apabila kita menjadi PEMIMPIN. Pelajari lah dan dalamilah ilmu sebanyak yang boleh sebelum anda menjadi PEMIMPIN walaupun PEMIMPIN KELUARGA......

Saya amat tertarik dengan cara Umar Abdul-Aziz memimpin. Penolakan beliau di atas perlantikan beliau juga amat berbeza dengan kebanyakan pemimpin dizaman sekarang. Bila agaknya nak habis baca buku "Pembaharuan & Reformasi Umar Bin Abdul Aziz (Dr. Ali Muhammad Muhammad Ash-Shallabi)"


References;
(1) Diriwayatkan daripada Bukhari di dalam Al-Mazalim dan diriwayatkan daripada Tirmidzi di dalam Al-Bir wa Ash Shilah, serta Abu Daud di dalam Az Zakat dan juga lainnya.
(2) Di riwayatkan daripada Hakim daripada Ibnu Umar. Para periwayatnya sesuai dapat disandarikan kecuali 'Ashim bin Kulaib, yang hanya Muslim yang bersandar para periwayatnya. Hadis ini disebutkan oleh Al-Mundziri di dalam "At Targhib Wa At Tarhiib".
(3) Dr Muhammad Bakar Ismail, "Wasiat Wasiat Rasulullah s.a.w: Pengaruhnya Terhadap Pembentukan Peribadi Individu & Masyarakat", Terjemahan Bahasa Melayu, Jilid 1/3, 2008.(Tulisan bewarna ini di petik dari buku ini)
(4) Al-Mundziri berkata di dalam "Targhib Wa At Tarhiib", "Periwayat hadis ini Abdullah dapat disandarkan periwayatnya dan ini adalah hadis sahih, sedangkan Abu Abdullah belum ditemukan di dalam Jarah wa At Ta'dil.



Ilmu tambahan:
a) http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/26apr/berita13.htm :-menarik. Kuliah mengenai kekuatan Doa. Supaya dapat mengelakkan diri kite dari tergolong dalam golongan orang yang bertindak zalim. Di akhir kuliah turut ditulis tentang kepentingan menjaga makanan(sumbernya). InsyaAllah jika ada kesempatan dan kekuatan akan di tulis berkaitan dengan ilmu Mua'malat.

b) Berhati hati memilih Pemimpin : Oleh Dr Danial Zainal Abidin....

Nota1: Penulisan ini berdasarkan pemahaman dan pengetahuan saya yang cetek. Sebarang kesilapan dalam menyampaikan cerita ataupun kisah dan fakta harap dimaafkan.

Nota2: Semoga kita terselamat dari ilmu yang sesat. "Tunjukilah kami jalan yang lurus."

Monday, November 30, 2009

Ruangan Ilmu - Episod 1

Assalamualaikum wbt....

Ramai yang tahu bahawa ilmu yang dituntut dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu; i) fardhu ain - ilmu yang wajib di tuntut oleh setiap hamba Allah yang berakal dan baligh tanpa pengecualian; ii) fardhu kifayah - ilmu yang wajib dikuasai oleh umat Islam dalam bidang2 yang diperlukan oleh masyarakat dan apabila sebahagian daripada umat Islam sudah menguasainya, masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan. Untuk penjelasan lanjut bolehlah baca dari kitab Ihya Ulumuddin.

Menurut Dr Danial Zainal Abidin di dalam buku nya yang bertajuk "Minda Muslim Super"(1), Imam Ghazali menyatakan bahawa Ilmu fardhu ain yang wajib di tuntut adalah yang berkaitan dengan akidah bagi memantapkan iman, tasawuf bagi membersihkan hati pekerti, dan fiqah supaya mengetahui perkara yang di wajibkan dan diharamkan ke atas seseorang.

Manakala ilmu fardhu kifayah pula terbahagi kepada dua iaitu ilmu syariat dan ilmu bukan syariat. Contoh ilmu syariat ialah ilmu tafsir Quran, Mustalah al-Hadis, ilmu qiraah dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali lagi berdasarkan dalam buku Dr Danial(1), ilmu bukan syariat pula seperti ilmu kedoktoran, ilmu hisab, ilmu bidang pertanian dan sebagainya.

Berdasarkan Ustaz Zaharuddin (2), cabang ilmu utama dalam Islam boleh dibahagikan kepada 3 bahagian besar, iaitu; i) akidah - kepercayaan; ii) syariah - aktiviti harian; iii) akhlak - moral dan etika.

Apa yang nak ditekan kan disini, sejauh mana kita ilmu yang kita ada? Adakah sudah cukup ilmu fardhu ain yang kita ada?? Nak di tanya ilmu fardhu kifayah mungkin ada yang nak berlepas tangan. Oleh itu marilah kita berpesan pesan ke arah kebaikan.

"Menuntut ilmu adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas setiap Muslim" (Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah).

Hadith menerangkan tentang kewajiban menuntut ilmu bagi setiap umat Islam tidak kira jantina.

Sudah bersediakah kita untuk mendidik anak2 kita nanti dengan ilmu yang kita ada? Adakah sudah cukup dengan menghantar anak2 ke sekolah???Ingat lah bahawa "Apabila seseorang meninggal dunia, maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak shalih yang mendoakan orang tuanya."



References;
1) Dr. Danial Zainal Abidin, " Minda Muslim Super", pg 72-81, 2009(cetakan ke 3).
2) Zaharuddin Abd Rahman, "Wang, Anda & Islam", pg 11, 2009(Edisi ke 2).

to be cont.....

Nota1; Jadi pengulas buku la pulak.

Nota2; Banyak lagi ulasan yang nak di buat tapi lagi banyak benda yang nak di baca.

Keseronokan Melapah Daging Korban

Assalamualaikum wbt....

Hari ini, 13 Zulhijjah iaitu hari terakhir umat Islam melakukan ibadah korban. Tahun ini sekali lagi aku tak balik kg. huhuhu...Tp tahun ni jugak aku dapat merasai keseronokan melapah daging korban. hehehhe

mmm....Malas la pulak nak tulis panjang2. Tapi korban kali ni memang best sebab dapat merasai penat melapah daging korban sampaikan menggigil bawak kereta nak balik rumah. Dan sampaikan membe2 sms ucap selamat hari raya pun xterbaca ptg tu.....

Semoga di murahkan rezeki untuk melaksanakan ibadah korban tahun hadapan.

Nota1: Apesal mata gatal????Kalau tangan gatal nak dpt duit....Mata nak dapat ape erk????

Nota2: 2 hari lg aku duduk sesorang kat rumah......aaaarrrgggghhhh mesti borim......nnt masak danging pun makan sesorang......

Nota3: Apesal waktu siaran Halaqah berubah lg?????

Saturday, November 14, 2009

Berfikirkah kita???

Assalamualaikum wbt....


Dalam seharian, brape banyak masa yang digunakan untuk menjalankan otak kita supaya berfikir. Menurut Daniel Goleman (pengarang Emotional Intelligence di The New York Times) hasil dari penelitiannye, setiap manusia mempunyai 2 otak iaitu; otak kiri (berfikir) dan otak kanan (emosional). Mungkin boleh dikatakan dengan apa yang kita tahu dan apa yang kita rasakan. Sejauh mane kebenaran kajian nye, entah lah. Wallah hua'lam.

Dekat sini bukan nye nak menceritakan tentang kajian Daniel Goleman ni, tapi cara kita menggunakan otak dalam kehidupan seharian. Ada orang mengatakan bahawa jika kita tak menggunakan otak, maka ia akan berkarat seperti besi yang tak digunakan. Hehehe bunyi macam humour, tapi rasanya ada kebenaran. Setelah 9 tahun meninggalkan papan catur, nampaknye segala strategi yang aku kaji mase SPM dulu pun dah banyak yang berkarat.....

Sebenarnye, tanggal 26 Oct 2009 (wah, tak sangka pulak) aku register di chess.com. Bermula dari hari tersebut, kehidupan aku mula berubah. Dari hanya bermain sudoku dan membaca buku kepada mengadap laptop + internet; bermain chess dengan manusia dari segenap pelusok dunia. Sampai kan buku Ibnu Qayyim yang aku baca baru habis 300 ms dari 669 muka surat. (buku Ibnu Qayyim di rahsiakan tajuk nye....hehehhe)

Walaupun dah lama tak main, tapi 4 perlawanan pertama aku menang, kemudian baru la kalah 5 kali berturut turut. Kalah ni angkara berlagak sangat, nak lawan yang rating tinggi....hehehe pengajaran tu...Ape yang menarik dekat chess.com ni adalah cara permainan yang 3 day per move....so tak perlu mengadap hingga habis game.....Yang menarik jugak boleh challenge ramai orang dalam satu satu masa.

In Progress = 30. Haa, sekarang ni tengah lawan dengan 30 orang. Penim jugak nak ingat balik strategy strategy dah di rancang.. Kadang kadang lupe, tu yang boleh kalah...huhuhu Tapi hari ni emosi agak stabil dan otak berfikir agak mantap. So menang sehingga 7 game berturut-turut.

Betul kan....hehehe bukan nak riak, tp nak lepaskan perasaan je....Kalau pendam banyak sangat boleh giler pulak......Sekarang pulak tgh join 2 tournament; i) 5th Chess.com Thematic Tournament - Benko Gambit (1401-1600) - Round 1, ii) Gumptys Kings Gambit Open. - Round 1. Kita tgk episod akan datang kesudahan die, setakat ni Thematic Tournament aku menang 5, kalah 1 dan ada lg 4 game tgh main; Gumptys Kings pulak aku baru menang 1, kalah 1 da ada 6 game lg tak habis....

Dalam banyak game, aku paling suke lawan dengan mamat dari Philippinie ni(game kat bawah). Nickname die "rickyshy", tak pernah kalah lagi budak ni. Rating die skrg 1811. Jauh beza dengan aku....huhuhu Game ni buat aku pikir dalam tido, boleh kata macam nightmare la...Die cakap aku patut menang, tapi aku penat pikir kat mane stape yang boleh aku jalan unuk menang....game ni aku kalah selepas die penat bertahan...Nasib baik ni bukan tournament...hehehe


Ada banyak lagi game yang aku "print scrint" kan.....Nanti ada masa akan bersambung....game tengah sengit ni....xblh buat mistake terutama nye yang tournament.....ada peluang masuk next round....hehehhe


Nota1; Pengajaran dari Cerekaram tv3, "Jangan sesekali meninggikan suara kepada ibu kita".

Thursday, October 29, 2009

Kawen Lagi.....

Sape ada dgr Radio Sinar td??????
Bagi aku mmg blh buat aku tergelak sorang....
Rugi sesape yg terlepas......


Lagu kat bawah ni patut di nyanyikan oleh anak2 abg Lan......hehehhee

Ayahku kahwin lagi
Dengan sidara jelita
Riang rasa hatinya
Mendapat isteri yang muda

Tapi ku sedih sekali
Kenang ibu yang ku kasihi
Tempat ibu sukar diganti
Tapi ayah kahwin lagi

Kini ku membawa diri
Tempat bermanja jauh sekali
Ibu sudah dahulu pergi
Tapi ayah kahwin lagi
Ayah kahwin lagi

Pendapat muda remaja
Ayah pinangkan sidia
Anak ayah tak terjaga
Rumahtangga porak peranda

Ayah kahwin lagi
Ayah kahwin lagi
Ayah kahwin lagi...

Sunday, October 25, 2009

Marathon.......

Assalamualaikum.....

Nampaknye dalam masa 2, 3 hari ni telah berjaya baca hampir 1100 pages.....Tapi sayang buku @ novel.....huhuhuhu kalau buku lebih ilmiahkan bagus......dalam masa 24 jam ni saje dah selesai baca 900pages...memang marathon...

Buku Habiburrahman ni memang 'berhantu'......habis episod 1, aku terus g beli episod 2 pagi semalam (Sabtu) dan pukul 3.30 petang nye start baca.....tak sangka betul boleh habis terus......Nampaknye selepas ni kena elakkan beli novel, nanti buku2 lain tak tau bile nak habis baca.......

Tapi cerita die "mempunyai kesudahan"......Kesudahan yang menembirakan....

Lain lain tulisan Habiburrahman yang sempat aku sempat search kat internet.
1. Ayat-Ayat Cinta
2. Di Atas Sajadah Cinta
3. Ketika Cinta Berbuah Surga
4. Pudarnya Pesona Cleopatra
5. Dalam Mihrab Cinta
Nanti bile bulan December nanti boleh la beli satu.....hehehheheh

Nota 1: beberapa muka surat terakhir patut di buang...hehehehee

Nota 2: terasa pening pulak bile lama sangat baca buku....

Monday, October 19, 2009

Pilihan di Tangan Kita....

Assalamualaikum wbt....

Penulisan kali ini tidak ada kaitan secara langsung dengan sesiapa....Tapi sekadar peringatan kepada Hilman dikala berada dalam kesulitan, keperitan dan segala macam yang seangkatan dengannya.......


  • Hidup kita sentiasa di persimpangan... Kita yang akan pilih laluan mane yang ingin kita lalui... Apa dasar yang kita guna untuk menentukan laluan juga kita sendiri yang tentukan....
"Tunjukilah Kami jalan Yang lurus. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat."

Banyaknye simpang2 kecil....kalau sesat ni memang susah.....

  • Setiap perbuatan kita akan di balas.......Jika tidak didunia, diakhirat kelak........baik di balas baik, jahat di balas...........Jika kesalahan kita telah di balas didunia, maka kita masih di sayangi Allah swt.......

  • Hanya puasa sahaja ibadat yang kita boleh sebut (cakap). Itu pun dalam keadaan dimana orang sedang mengumpat.....maka, apabila ada yang mengumpat katakanlah "aku sedang berpuasa"....... Oleh itu, elakkan menyatakan amal ibadat anda walaupun dalam kenyataan yang tersirat.......

  • Jadilah seorang yang pemaaf...... Rasulullah saw merupakan seorang yang memaafkan walaupun diperlakukan segala macam ketika Baginda menyampaikan dakwah...... Baginda bukan contoh yang sekadar untuk di tonton, tetapi contoh untuk di ikuti......

  • Kunci pintu hati kita adalah milik Allah swt...... Jika di kehendaki baik untuk kita, maka baiklah kesudahannya..... Oleh itu, dikala kita masih di beri nikmat Islam, Iman, dan Ehsan ini, marilah kita bersyukur disamping terus berusaha supaya segala nikmat ini kekal sehingga ke akhir hayat kita......
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."


  • Redha lah dengan segala ketentuan Illahi apabila kita telah berusaha..... Segala yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..... Jangan lah kita sesekali menyalahkan takdir yang terjadi itu.......
"Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam."

Segala kesilapan adalah disebabkan kecetekan ilmu saya......

Nota1; Tambah ilmu......tingkatkan amal.....tolak maksiat......kurangkan membuang masa.....

Sunday, October 18, 2009

Hidup Kembali....

Assalamualaikum wbt...

Selamat Hari Raya AidilFitri......Maaf Zahir Batin.....Rasa nye belum terlewat lg kerana masih di bulan Syawal....Orang kat Johor kan raya sampai sebulan.....Walaupun dah 8 tahun berada kat Johor, tapi tahun ni baru rasa ataupun sedar yang kelainan orang di Johor beraya. Agak nya aku baru sedar dari lena kot.....Hehehe

Kat Johor ni, memang di gunakan sepenuhnya bulan Syawal ni untuk beraya.......Selagi tak habis bulan Syawal, selagi tu akan berlegar legar budak budak di jalan raya untuk pergi beraya......Kalau datang nak beraya betul takpe, ni tidak......Datang nak duit raya aje.....ish3......depa ni dah silap konsep raya dah.....ada ke patut aku tgh basuh kereta pagi2 buta dah datang nak kutip duit raya....nasib baik housemate aku tidor kat ruang tamu lagi....kalau tak aku dah suruh depa ni makan kueh raya kat rumah aku sampai kenyang......lps bertanya kabar sikit2, aku bagi la duit raya kat depa ni......sebab tu la hajat budak2 ni datang nak beraya......

Bukan nye kedekut, tapi taknak la budak2 ni pikir yang pergi beraya ni sebab nak duit raya aje....Kita sebagai mak ayah kena la terang kat anak2....ish, sejak bile plak aku jadi ayah ni.....Sebenarnya tahun ni aku dah siap tukar RM200 duit raya.....tp tak habis pun sebab tahun ni adek aku pun ada tukar jugak...hehehe selamat ckit duit aku.......

Bagi golongan yang bukan kanak2 lagi, dekat Johor ni, boleh dikatakan tiap2 malam ada Marhaban....lepas Maghrib jemaah dekat surau aku ni mula la g Marhaban kat rumah2 yang telah ditetapkan.......mula2 pelik jugak, masing2 pakai baju raya siap dengan sampin lagi......aku igt ada majlis ape plak la kat Surau ni, rupa2nya depa nak g Marhaban lepas tu.....Maklum la aku bz sgt lepas raya, minggu ni baru sempat menampakkan muka kat Surau.......ada jugak yg tnye...."lama tak nampak".........huhuhuhu malu weh.......nmpk sgt dah lama aku tak g Surau tu.....eerrrmmmm dekat 30 hari jugak......akhir Ramadhan-akhir Syawal.....

Ala, bukan nye sengaja.....sibuk sikit lepas raya hari tu dengan persediaan untuk Pecipta.....4 malam g KL, balik rumah berlonggok baju yang tak di basuh......dari datang lepas raya lagi tu.......semalam siap basuh semua baju....hari ni mop lantai......so, ada la semangat nak membaca....dah lama jugak tak baca buku2 ilmiah dan buku2 bukan ilmiah.....hehehhe


Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA09)

Cantek betul lukisan ni......Awek yg jaga kat sii pun cantek jugak......hahahhaa


Booth UTM sememangnya simple, tp bilangan medalnye tak simple.....hehehhehe

Ni bukan nye piala ye.....ni la product yg dapat Bronze...Ni project Master aku....Tp utk exhibition ni aku jage product lain.....product tu dpt Silver aje.....hehehee


Sebelum datang Johor tempoh hari, aku tengok balik buku2 Ujang n Apo yang aku kumpul dari tahun 1999 hingg habis degree......wah....buku 10 tahun lepas lagi tu......terkejut jugak tgk buku2 tu semua dalam keadaan yang baik lagi.....ada jugak yg masih dalam plastik.....hehehhehe "wah, cantik lagi la buku Pak Man ni"....itu lah kata2 keluar dari mulut anak buah aku yang sulung......"tgk, ni tahun 1999, buku ni lagi tua dari Diana".......Nampak nya kne la beli rak buku untuk menempatkan buku ujang n Apo yang 2 kotak besar ni.....huhhuhuhu


29 Syawal 1430
18 October 2009

Nota1; Sempena Deepavali aku pasang langsir baru kat bilik....Kompius plak, sape yg lebih2 beraya ni?????

Nota2; Lamanye tak main futsal.....kaki dah ringan, cuma perut je yang berat.....

Nota3; Tahun ni aku beli tart gulung sampai rm150.00.......ni yg nak kne cr calon yg pandai buat tart gulung yg best.....dpt berjimat waktu raye......hehehe

Friday, September 11, 2009

Pak Cik Kayooo!!!

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak dengar ayat "Pak Cik Kayo". Dulu masa menjadi pelanggan tetap majalah Ujang aje dapat dengar @ baca ayat yang selalu di cakap oleh Din Beramboi. Sejak habis Degree dalam tahun 2006, dah tak beli sebab tak sempat nak baca. Huhuhuhu

Hishh, kuat betul menyimpang, ada ke patut nak cerita pasal majalah Ujang dengan Din Beramboi pulak. Sebenarnya bru je lepas buka CimbClicks, skali tengok duit bertambah RM4300 lebih. Wah tak sangka skali dapat terus boleh nak beli D90. Yes, petang ni cari SLR. Hahahahaha

WAH!!!! Pak Cik Kayooooo

Tapi nasib baik akuwaras lagi kali ni. Buang tabiat ke nak cari D90 dekat dekat dengan raya ni. Nanti adik adik tak merasa baju baru la jawap die....Hehehe First yang aku buat terus transfer duit kat akuan Mie. Last week pu dah transfer, tapi tak bagi tau pun lagi. Hari ni pun sama....Hehehhe jahat betul. Tapi bukan nya tak call kg, call dah banyak kali tapi saja tak bgtau yang dah masukka duit.Hehehe

Teringat pulak susun duit hantaran sepupu kawen awal tahun lepas. Last 2 month, mak sepupu aku ni tnye bile plak giliran aku???Soalan cepumas tu...huhuhuhu

Second, aku transfer kat member aku, sebab camera die rosak. Kesian plak, lagi pun kalau ada nak ambik picture masa buat project master dulu aku slalu pinjam camera digital die. Rasa bersalah la plak klau tak tolong. Duit duit ni tak berkira sangat, bukan semua duit yang kita dapat adalah HAK kita, ada juga HAK orang lain. So, JANGAN BERKIRA KIRA dengan duit.

Ok la, next time nak buat SAMPUL RAYA. Agaknya SAMPUL RAYA kali ni mencecah 3K kot. Huhuhuhu Lepas Raya jadi la "Pak Cik Miskin".....Huhuhuhu

Gambar sampingan. Tengah tunggu giliran untuk bergaya diatas pentas....Hehehehee

Nota1: Esok nak g KL. Ambik kueh TAT GULUNG yang paling bes kat atas bumi ni...Hehehe
Nota2: Kalau bagi kueh raya kat Mua'laf ok tak???

Tuesday, September 8, 2009

Campur, Bukan Tambah...

Assalamualaikum wbt.

Campur tapi bukan tambah....Agak agak apa yang akan diperkatakan..Hehehehe

Semalam selepas solat Tarawikh, seperti biasa lepak lepak depan tv sambil borak, sambil mengumpat(ada mengumpat ke?), sambil berdiskusi, sambil mengeluarkan falsafah masing masing...Hehhehe itu la rutin yang akan berlaku bila masing masing ringan mulut dan lidah untuk bertutur. Rasanya rutin ini mula berlaku sekitar bulan Febuari 2008. Isu yang akan kedengaran akan berubah mengikut masa dan situasi persekitaran dan paling banyak akan mengulas isu di dalam tv.

Kalau orang orang luar dengar mesti ingat kita orang bergaduh sebab hujah di balas dengan hujah, pendapat di balas dengan pendapat, lawak di balas dengan gelak ketawa. Tapi yang penting kita kena dengar pandangan orang lain seperti mana orang lain mendengar pandangan kita. Peace, no war. Eh, ape pulak yag merapu ni.

Rancanga di tv semalam memang tiada langsung ilmiah yang di tunjukkan secara lahiriahnya. So sangat bosan. Tapi yang membuatkan rumah hangat semalam adalah rancangan "hit tv". Isu Artis kawen campur. Haaaa, CAMPUR ni la yang telah membuatkan aku tidor lewat.

Dekat sini bukan nak bincang tentang artis, tapi kita orang bercakap tentang PERKAHWINAN CAMPUR. Ada tak sapa sapa yang berniat nak kawen campur. Mesti ramai yang nak kan. Tapi pernah tak terfikir tentang halangan sebelum, semasa dan selepas kawen tersebut.

Sebelum itu cuba kita tengok kebaikan kawen campur ini. Di dalam buku "Dilema Melayu" karangan Dr. M ada menyatakan tentang isu kawen campur ini atau dengan lebih tepat kebaikan kawen campur ini yang membolehkan orang melayu mendapat anak yang lebih bijak dan berdaya saing di sebabkan oleh dua baka yang berbeza jika di bandingkan dengan perkahwinan sesama saudara yang membuatkan gen tidak berubah dan boleh menyebabkan anak menjadi lembab. Dalam Islam juga menegah @ tidak menggalakkan kita kawen dengan kaum kerabat @ sanak saudara. Sama sama la kita mencari hikmahnya.

Sebenarnya ada seseorang ingin memperkenalkan dengan seorang kawannya. Kawan nya ini seorang mu'alaf. Sangat baik. Tapi aku menolak. Bukan kerana menolak kawen campur, tetapi memikirkan tentang perkara perkara yang perlu di tempuhi sebelum, semasa dan selepas. Yang paling dirisaukan adalah selepas. Kita perlu menjadi contoh yang terbaik untuk nya. Sebab yang paling utama adalah "aku bukan nya cukup baik untuk seorang yang sangat baik". Nak kata keluarga menghalang, InsyaAllah tidak ada yang menghalang. Setakat ini soal kawen ni terpulang dekat kami adik beradik sendiri.

(Disebabkan thread ini di tulis dalam tempoh dua hari, so hari ini adalah 090909, hari yang ke 19 kita berpuasa....Mmmm tarikh tarikh yang lawa semakin banyak berlalu. Dah tak ada masa nak bermain dengan tarikh tarikh ni semua....isssshhhhh bunyi maca kecewa je......hahahaa)

Pagi tadi selepas Subuh masih kedengaran isu kahwin dengan orang jauh dekat rumah. Aku menjampuk, "tau la hang kawen dengan orang jauh, tapi bukan kawen campur. Orang nak kawen jauh, biar la kawen campur. Dengan orang Korean ke, Jepun ke, baru la betul." Hehehehe saja bagi panasss cikit. Member ku menjawap, Ish, jauh jauh sangat tak boleh jugak, klu ang kne stay sane susah plak nak balik kg.".......Hahahaha pikir pulak pasal tu.....

MMmmmm, bila agak nya nak merantau ni. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri". Ni yang buat nak g negeri orang ni.....Hehhehe Ok ok, kita tengok tahun depan macam mane, kalau 101010 tak kawen lagi, 2011 kite g merantau........yyyyeeeeehhhhhhaaaaaa nanti time raya dengar lagu "Dendang Perantau" sorang sorang.....Nanti ada yang menjerit. Sama sama kita layan lirik nya...

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

Perrrggghhhh mendalam betul senikata dia......NAK BALIK KAMPUNG!!!!!!!

Pemandangan belakang "KG YG DAMAI". Banyaknya kelapa, sape yang nak kawen tu????

Nota1: Lagi 8 hari nak balik kampung. Jangan lupa burn lagu raya yang bes bes. Nanti nak dengar dlm kereta.
Nota2: Agak agak ada tak orang p'puan yang masuk minang orang laki....Hehehehe
Nota3: Kat mane orang kawen tak ada buat pelamin @ renjis tepung tawar (kat rumah aku kompem tak ada semua tu)
Nota4: Kepada kawan aku yang nak kawen dengan orang Sarawak tu nanti, jangan lupa kek Sarawak utuk aku tiap2 kali raya. Hehehe

Friday, September 4, 2009

Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum wbt.

Ini bukan nye nak promote lagu XPDC, tapi apepun layan la lirik lagu XPDC kat bawah ni.

Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mati hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian
Segunung harap dujulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Api yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang

Semangat yang hilang
Kita cari pulang

na...na...na...na..na
na...na...na..na..na

Kalau di ikut kan, memang tak ada persamaan langsung thread ni ataupun perasaan aku hari ni dengan lagu XPDC ni. Hanya Tajuk die sahaja yang ada persamaan dengan diri aku hari ni. Entah kenapa, entah apa yang tak kena dengan diri ini. Asyik pusing2 jejari di mouse pad je. Asyik pusing2 blog orang je. Nampaknye banyak dah masa yang di bazirkan dekat situ.

Nampak nya kena cari balik semangat yang hilang tu. Mmmm tp dimana ya?

Hari ni tak bawak buku Sudoku, hanya bawak buku Dr Yusuf al-Qaradhawi dengan Men are from Mars, Women are from Venus je. Tapi tak ada mod nak baca buku2 ni. Agak nya kerana lama sangat dah tak bersukan kot. Last year ada jugak main badminton sebelah petang nya walaupun dalam bulan puase ni. Tahun ni tak nampak bayang pun nak bersukan sebelah petang.

SEMANGAT!!!!!!Mane engkau??????

Berlalunya hari kelmarin bagi engkau sebagai saksi yang menepati, dan engkau berpagi-pagian dengan hari yang menjadi saksi ke atasmu.
Jika kelmarin engkau melakukan satu kejahatan maka lakukanlah perkara kedua sesuatu yang baik, sedang engkau mendapat pujian.
Janganlah engkau tangguh perbuatan yang baik pada suatu hari hingga hari esok, kemungkinan apabila tiba hari esok engkau sudah tiada lagi.
Jika engkau mencela hari engkau kemanfaatannya akan berubah menjadi kemudaratan ke atas engkau, kelmarin yang telah berlalu tidak akan kembali.

Tuesday, September 1, 2009

Hadiah KeMERDEKAan Untuk Rakyat Malaysia

Assalamualaikum wbt...

Tahniah untuk kerajaan Malaysia kerana telah memberikan hadiah yang paling beharga untuk kami rakyat Malaysia terutama nya yang beragama Islam yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Hadiah yang merupakan kenaikan minyak ini memang saya nanti nanti kan kerana berita ini telah lama tersebar. Mungkin dalam penulisan akan datang saya akan paparkan segala perancangan ini.

Tapi yang kecewa adalah disebabkan oleh penipuan yang telah di tunjukkan sama ada degan sengaja atau pun tidak. Apapun kita sebagai rakyat hanya mampu menerima walaupun ada yang menyatakan kenaikan sebanyak 13.888889% (0.25/1.80) bagi RON97 adalah tidak membebankan.

Penipuan pertama adalah kadar kenaikan sebanyak 25 sen. Dahulu telah dikatakan minyak RON97 akan hanya di naikkan menjadi RM2.00 pada 1 Sept 2009, tetapi bila tiba waktu nya di umumkan kenaikan sebanyak 25 sen menjadi RM2.05. Walaupun 5 sen ia tetap suatu penipuan oleh manusia yang telah dipilih oleh manusia untuk memimpin. Kecewa.

Penipuan kedua ialah kenyataan mengenai harga minyak dunia yang dikatakan naik ke paras USD80. Setelah dilihat dilawan web, ternyata kenyataan yang di dengar melalui berita tv3 itu adalah kenyataan yang palsu. Kenyataan yang palsu keluar dari mulut pemimpin. Kenyataan yang diutarakan di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Bukti penipuan.

Merujuk kepada gambar di atas, ternyata harga minyak mentah tidak pernah mencecah USD74 apatah lagi USD80 untuk tempoh sebulan yang terakhir ini seperti yang di war warkan. Sekarang semua maklumat boleh rakyat perolehi dengan mudah. Rakyat boleh menilai segala kenyataan yang di keluarkan. Untuk penulisan di masa akan datang akan saya keluarkan semua kenyataan yang di keluarkan oleh pemimpin2 berkenaan dengan harga minyak ini. Semua itu ada di dalam laman komuniti xkt.

Sekian.

Monday, August 31, 2009

Ulang Tahun ke.......

Assalamualaikum wbt

Tahniah buat MALAYSIA. Hari ini telah genap 52 tahun negara kita MERDEKA dari segi fizikal, spiritual dan mental. Allhamdulillah, ucapan syukur ke hadarat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan rahmat-Nya negara kita telah 52 tahun mengecap nikmat kemerdekaan dari dikuasai oleh penjajah. Terima kasih juga kepada para pejuang2 kemerdekaan yang telah berusaha untuk membolehkan kita hidup dalam kemerdekaan ini. Tetapi sejauh manakah kita merdeka? Apakah maksud Merdeka yang sebenarnya? Apakah ada kemerdekaan yang mutlak? Banyak lagi persoalan yang boleh wujud berkaitan dengan perkataan 'MERDEKA'. Sebenarnye saya taknak becakap banyak tentang kemerdekaan ini, nanti disalah tafsir. Banyak kita bercakap, lagi banyak kita buat silap. Rasanya lagi baik kita berbincang tentang ilmu, menambah pengetahuan dengan membaca.

Gambar sambutan MERDEKA yang ke 50. Tak sangka pulak Merdeka yang ke 50 aku sambut dengan naik menara KL. Hehehe (gambar atas menara KL tak boleh dipaparkan atas sebab2 tertentu)


"Jika kita melihat sesuatu sebagai negatif, maka ia kelihatan negatif. Andai dilihat secara positif, maka ia akan menjadi sesuatu yang positif"


Tahun ini sekali lagi kita bercuti panjang sempena hari kemerdekaan ini(seingat saya 2tahun lepas 31 Ogos jatuh pada hari Jumaat, juga bercuti panjang). Sebenarnya cuti yang panjang ni boleh membahayakan kita. Bukan saya tak suka cuti, tapi cuti yang panjang menyebabkan kita mempunyai masa yang terluang yang begitu banyak. Bila kita banyak masa yang terluang, akan membuatkan kita melakukan 'kesalahan' jika kita tidak mampu mengisinya dengan sesuatu yang berfaedah (Sila rujuk buku Nilai & Pengurusan Waktu dalam Hidup Muslim dan ada juga dalam buku Aku Terima Nikahnya)

Bercakap tentang buku 'Aku Terima Nikahnya', sebenarnya buku ni dah lama housemate aku beli tetapi semalam baru tergerak hati untuk baca. Buku ini agak senang untuk difahami kerana menceritakan pengalaman hidup penulis dan ia menggunakan ayat2 yang mudah untuk difahami. Idea2 atau pandangan2 beliau juga banyak yang seangkatan dengan pandangan saya, ini menyebabkan lagi berminat untuk dibaca. InsyaAllah jika ada kelapangan waktu saya akan mengulas kandungan buku ini. Banyak fakta2 yang menarik dan boleh dikongsi. Tapi maklum la nak menulis ni mengambil masa yang agak lama berbanding dengan membaca. Hehehe Itu lah agaknya aku banyak bermonolog didalam otak, terasa berat dah kepala nak menanggungnye. Petikan dibawah adalah dipetik dari buku 'Aku Terima Nikahnya'

"pandangan mata yang kering, pandangan akal yang gersang, pandangan nafsu yang melulu, hanya pandangan hati yang hakiki"

Bercakap tentang hati, pagi tadi kuliah subuh di Masjid Taman U(lupa nama penuh masjid tersebut) ada bercakap tentang hati, tentang kalbu. "Semua yang kita tengok akan masuk ke kalbu, semua yang kita dengar akan masuk ke lubuk kalbu, apa yang kita cakap akan sampai ke kalbu". Kemuadian diceritakan pula kisah beliau selepas pulang dari belajar di Jordan. Dulu sijil tak laku, nak dapat kerja susah so member di ajak kerja kilang. Kata member dia, "kerja kilang syokk, syookkkkk, syyyyoooookkkkkk"(cakap nada org jawa). Dah kerja kilang baru tau apa yang "syok" tu. Dekat kilang ni ada sorang minah "Indon Bibir Tebal". Jumpa hari2 dan apa yang besnya, hari2 dapat makan jemput2. Kalau org kita jangan harap nak dapat makan jemput2(hehehe itu cerita penceramah, tp ada betul jugak, makan hati je). minggu pertama benci, minggu kedua rindu, dah masuk minggu ketiga rinduuuuu. Hahahha itu la penangan mata dan telinga bila semua tu masuk ke kalbu.

Sebenarnya cerita diatas hanya selingan sahaja, isi utama Kuliah Subuh tadi adalah Syafaat di padang Mahsyar. Terdapat 2 Syafaat yang perlu kita rebut iaitu berpuasa di bulan Ramadhan dan membaca al-Quran. Kenapa perlunya kita kepada Syafaatn ini ada lah sangat besar kerana disana nanti tidak ada yang mampu menolong kita. Saya nak cerita banyak pun tak layak lagi. Banyak lagi ilmu yang perlu dicari. Di harap dengan "keyword" ni dapat menyenangkan diri saya dan rakan 2 untuk mencari penjelasan yang lebih lanjut di buku2.

Nota1: Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke -26 untuk yang berkaitan. Semoga panjang umur, murah rezeki dan di beri kebahagiaan di dunia dan akhirat. (tahun ni wish dalam hati je)
Nota2: Ramai betul orang yang meghadiri solat Subuh dan kuliah Subuh pagi tadi. Kalau hari2 macam ni kan bagus.

Nota3: Tak sempat nak 'shopping' buku minggu ni.

Sunday, August 23, 2009

Mimpi. Adakah sekadar mainan tidur?

Assalamualaikum wbt.

Mimpi mainan tidur? Atau lebih dari itu?Mimpi juga boleh jadi sebagai petuntuk dan ada juga mimpi sebagai mainan syaitan. Tapi di bulan puasa semua syaitan di ikat.

Pernah tak mimpi "orang" yang sama dalam masa 2 hari berturut turut? Pelikkan. Alangkah bahagia kalau mimpi ni jadi kenyataan kan. Hehehe Kebarangkaliannya agak rendah.

Kalau di ikutkan pengalaman, ada juga peristiwa yang terjadi sama seperti mimpi. Kita rasa macam pernah berlaku situasi tersebut da bila di ingat kembali rupanya dalam mimpi. Tapi tak pernah pulah dapat mimpi "orang" yang sama dalam 2 hari berturut turut. Bulan puasa pulak tu. Bahaya ni.

Nota1: Identiti "orang" adalah rahsia.

Saturday, August 22, 2009

Wow...

The Merdeka Award is open to all living Malaysian citizens -- individuals or organisations -- non-citizens are eligible for outstanding contribution to the people of Malaysia. Each award category carries a prize money of RM500,000, a trophy and a certificate.

The Merdeka Award is a Petronas initiative and is co-founded with ExxonMobil and Shell.

Berita lanjut di sini juga di sini.

1 Ramadhan 1430

Assalamualaikum wbt

Hari ni first day puasa. Kena pulak hari sabtu, cuti!(sebenarnya kalau bukan sabtu pun tetap cuti sebab Johor ambik cuti iap2 1 Ramadhan) tapi aku masuk lab jugak sebab nak study sikit. Sekarang nak tambah ilmu sikit pasal "passive optical network (PON)". Semalam dah download E-book. Ada 4 buah buku yang patut ditelaah dan satu majalah IEEE yang ada citer pasal PON ni.

Mmmm, mane satu yang patut di baca dulu ni. Ok, baling dadu. Hehehehe Ni list buku tu:

1. Ethernet in the First Mile (2005)
2. Ethernet Passive Optical Networks (2005)
3. Passive Optical Networks (2007)
4. Next-Generation FTTH Passive Optical Networks (2008)


Jeng jeng....Ini lah buku yang nak kena mengadap.

Baca e-book ni tak sama dengan baca buku. Buku boleh pegang dengan tangan, lagi menarik dan bersemangat untuk di baca. Feeling tu ada orang kata. Tapi apa boleh buat, ni je yang ada. Bersyukur la. Dah la dapat free. Hehehe

Nota1: Target untuk hari ni dah tercapai. Ptg dan mlm nnt kne mulakan target untuk hari esok supaya target tahun ni tercapai.

Nota2: Nampaknya kena buat Belanjawan Bulanan ni.

Nota3: Sesiapa nak dapatkan e-book percuma dapatkan di Gigapedia (baru reti nak buat link).

Nota4: Kenapa tarikh kat Utusan Malaysia tak betul?? (22 Ogos 2009 / 2 Ramadan 1430) Buat aku comfuse je.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur untuk menyambut bulan Ramadhan seterusnya mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan amal ibadat. Hari ini 20 Ogos merupakan tarikh melihat anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Ramadhan dan 20 Ogos juga mempunyai memori yang tersendiri. Hehehe

Setiap hari kita berdoa supaya kita diberi taufiq dan hidayah dari Yang Maha Esa, dan dengan izin Nya saya telah diberi kelapangan, dorongan, petunjuk untuk membaca sesuatu yang boleh kita anggapkan kebetulan, tetapi ia sebenarnya telah ditakdirkan iaitu tentang "Kelebihan Waktu Di Dalam Islam". Selasa lepas, sambil menunggu urusan membuat pasport (dah tua pun tak ada pasport lagi, nampak sangat tak pernah keluar dari M'sia, hehhee) saya sempat membaca sebuah buku dan kebetulan pula ia menyentuh berkaitan dengan bulan Ramdhan yang bakal ita sambut. Di akhir nanti saya lampirkan kandungan tersebut.

Tujuan buat pasport adalah untu ke S'pore. Tapi bukan untuk enjoy. Sebaliknya untuk melawat NTU(Nanyang Tech Uni). Melihat facilities disana. Memang teruja la. Clean Room memang lengkap. Kepakaran pun lengkap. Bila agaknya Universiti di M'sia akan mempunyai kelengkapan seperti di sana? Malas pulak nak ulas tentang lawatan ke NTU S'pore sebab nanti sedih sebab jurang perbezaan terlalu jauh.

Pagi tadi pulak dapat call dari "kg yg damai". Mesin jahit rosak. Nak kena g hntr repair. Sebenarnya dah byk kali hntr repair. Selepas solat subuh, hati saya telah terdetik tentang mesin jahit tersebut, dah niat nak beli baru kalau rosak lagi. Tak sangka pulak deria saya ni kuat, rupa rupa nye memang rosak pun. Nampaknya Mie(bonda tercinta) akan dapat hadiah(mesin jahit baru) la. Nak kne buat surprise ni. Tapi kalau nak tunggu saya balik, mmg xsiap la baju orang2 kampung tu. Nak buat mcm mane ni erk.Mmm pikir punya pikir, perut dah lapar. Padahal pukul 630 ptg tadi dah makan. Tapi takpe, dapat nasi free. Biasa la, rezeki malam Jumaat. Hehehe

Selamat menjamu selera untuk membesarkan perut. Heheehe


Ini permandangan tepi rumah di "kg yg damai"

Berikut adalah Kelebihan Bulan Ramadhan.

Berpuasa

Sabda Nabi saw bermaksud, "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan muhasabah, nescaya akan diampunkan dosanya yang terdahulu". (Fath al-Bari, 1901)

Berbuat baik

Daripada Ibnu Abbas ra berkata: "Nabi saw merupakan seorang manusia yang palng banyak melakukan kebaikan. Baginda saw paling banyak melakukan kebaikan ialah di dalam bulan Ramadhan". (Fath al-Bari, 1902)

Qiamullail

Sabda Nabi saw bermaksud: Barangsiapa yang bangun di tengah malam (qiamullail) dengan penuh keimanan dan muhasabah diri, nescaya akan diampunkan baginya dosa terdahulu". (Fath al-Bari, 2009)

Iktikaf

Daripada Ibnu Umar ra berkata: "Adalah Nabi saw beriktikaf di sepuluh hari terakhir di dalam bulan Ramadhan". (Fath al-Bari, 2025)

Umrah

Sabda Nabi saw bermaksud : "Melaksanakan satu umrah di bulan Ramadhan separti melakukan satu haji bersamaku". (Riwayat Muslim)
Membaca al-Quran

1. Bahawa Jibril as telah membentangkan al-Quran keseluruhannya (memperdengarkan bacaan) kepada Nabi saw sekali setiap setahun. Tetapi pada tahun kewafatan Nabi saw, Jibril telah membentangkan dua kali bacaannya"

2. Adalah Imam Syafie ra menghabiskan khatam al-Quran setiap kali datangnya Ramadhan sebanyak 60 kali.

3. Iman Abu Hanifah ra, apabila datangnya Ramadhan, ia lantas meninggalkan bacaan hadis dan berpaling kepada membaca al-Quran.

4. Sufwan al-Thauriy ra juga apabila datangnya Ramadhan, ia meninggalkan ibadah, selain terus berpaling kepada membaca al-Quran.

Nota1: Surau dah tukar karpet baru petang semalam. Sempana menyambut Ramadhan. Suka2.

Nota2: Maxis Broadband dah terminate patang tadi. Esok cadangnya nak terminate Celcom Broadband pulak. So bulan puasa ni dapat kurangkan melayari internet. Hehehe

Nota3: Pagi tadi Mie buat lawak. Kelakar betul.

Nota4: Maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran.

Sunday, August 16, 2009

Shopping

Assalamualaikum wbt.

Shopping atau membeli belah memang sinonim apabila menyambut Hari Raya Aidil Fitri setiap tahun, tapi sekarang ni puasa pun belum lagi, aku dah mula menjalan kan operasi membeli belah ataupun shopping. Sampai di Angsana, tgk dah banyak baju melayu dijual. Last ada baju melayu baru raye 2 tahun lepas. Tahun ni belum tentu lagi, rsnye xde kot.

Sebenarnye hari ni pergi shopping buku untuk di memenuhi masa 24 jam sehari.Walaupun koleksi buku yang ada masih banyak tak habis baca lagi, tapi perlu pergi cari buku2 baru bagi menggantikan buku2 yang hampir habis mengikiut kategori. Hari ini jugak telah berlaku rekod dalam pembelian buku ni. Macam tak percaya je habis RM173.00. Itu pun setelah diskaun 10%( kecuali Sudoku) sebab jadi ahli. Berikut adalah senarai buku yang di beli dan harganya.

1) Al-Fiqh Al-Wadhih (Fiqah Lengkap) (Jilid 1)--------65.00

2) Al-Fiqh Al-Wadhih (Fiqah Lengkap) (Jilid 2)--------45.00

3) Panduan Bercinta Dan Memendam Rindu--------35.00

4) Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1)--------21.90

5) Kisah Wali-wali Allah (Jilid 2)---------9.90

6) Sudoku (Volume 10)--------------13.90

Buku pertama yang dibeli tadi buku berkaitan dengan fiqah. Dah lama sebenarnye nak cari buku berkaitan dengan fiqah ni sebab dengar ceramah tentang kepentingan ilmu fiqah dalam kehidupan. Sebenar nye susah nak menulis apa yang kite dengar, tapi salah satu contoh kepentingan ilmu fiqah ni yang diperkatakan tempoh hari adalah berkenaan beristinjak ataupun bersuci. Kenapa ia penting? Segala solat kita tak diterima kalau kita tak bersih dari segala najis. Bukan setakat tubuh badan kita, tetapi pakaian kita. Kesimpulan nya, kita dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu fiqah ini dg cara bertanya ustaz2 yang mahir dalam hukum hakam fiqah ni, pergi mendengar di majlis ilmu dan membaca sama ada dari buku atau pun internet.

Buku kedua juga berkaitan dengan fiqah (sambungan yang pertama) tetapi yang menggerakkan hati ini untuk membeli buku kedua ni sebab terkandung persoalan tentang pernikahan. Jeng jeng jeng. Dah tak sabar nak kawin nampak. Hehehehe. Ala, sebenar nye kat dalam buku ni ada menceritakan persoalan "APAKAH DIDAHULUKAN MENIKAH DARI BERANGKATAN HAJI?". So, diharap dengan pembacaan ini dapat membuat keputusan tentang perkara yang perlu diberi keutamaan dalam kehidupan ni. Sebab sekarang ni terdapat dua pilihan yang perlu diteliti dengan sewajarnye. Sama ada kawin dulu atau sambung belajar dulu. Suatu keputusan yang agak sukar untuk dilakukan. Memang kita dituntut menuntut ilmu, tapi kawin pun pun perlu. Kalau sambung belajar, maka lambat lagi la nak kawin. Sanggup ke aku nak tunggu. Sape nak bagi anak die kalau kita tak ada kerja tetap lg? Tak kan nak bg makan "ayat2 cinta' tiap2 hari..Hehehe Ok la, cakap banyak pun xguna jugak, harap nanti dapat cr jalan penyelesaian.

Buku yang seterus nye adalah buku yang dari mata turun ke hati. Hehehehe buku ni tak ada pun dalam perancangan untuk dibeli hari ni. Tapi memandangkan kandungan die menarik. Buku bertajuk "Panduan Bercinta Dan Memendam Rindu". Hahaha kelakar betul, mimpi ape agak nye semalam ni. Ok la, balik ke buku ni, apa yang menarik nya "Dorongan2 untuk Bercinta", "Apakah Cinta Buta Lahir Kerana Usaha atau Sebab Takdir", "Mabuk Asmara" dan banyak lagi la. Tak sabar jugak ak tunggu giliran untuk baca dan tambah ilmu dari buku ni. Buku ni adalah tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziah. Bagi yang berminat blh la cari dikedai. Hehehehe

Seterusnye kita ke bahagian novel. Hari ni tak seperti kebiasaan kerana awal2 masuk kedai buku dah g ke kawasan novel. Dari jauh lg dah nampak buku "Ketika Cinta Bertasbih" yang hardcover, harga RM70, siap combine episod 1 dan 2. Tengah belek buku ni, jeling sebelah, bukan jeling orang sebelah tp buku kat sebelah tu. Nmpk nama penulis die, "Sri Diah". Macam pernah dengar nama ni, tengok tajuk buku, "Doa Buat Suamiku". Aku senyum dalam hati, nak senyum takut nanti ada orang nmpk, ada orang ingat aku tak betul pulak. Sebab niat dah beli buku "Ketika Cinta Bertasbih", maka aku lupakan dulu buku Sri Diah. Novel ni aku beli sebab aku dah plan nak habiskan baca "Teratai Semalam" ptg td dan aku berjaya. Yes, jalan citer die dah dapat diduga tapi tak puas hati sebab p'puan tu dapat terima suami die walaupun suami die tu jahat. Memang bezakan hati lelaki dan p'puan. Susah nak paham.

Dah penat pulak nak tulis panjang2, nak tidor dlu la...Nanti sambung lain kali kalau umur masih panjang.


Nota1: Bilik dah berwajah baru. Mampu meningkatkan semangat membaca.

Nota2: Menarik jugak cerita "Ayat ayat Cinta" tadi.

Nota3: Banyak benda yag nak ditulis tapi tak tertulis. Tulis dalam hati dan otak ajela.

Thursday, August 13, 2009

20 Ogos...

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnye malas nak tulis untuk hari ni sebab perut dah kenyang sangat, mata makin layu tapi xblh nak tidur sebab xde port nak tidur. Member tumpang tidur kat tilam, kesian nak kejut. Nak tidur kat ruang tamu kesian pulak housemate nak tgk tv. Ok la, sebelum mencoretkan tentang peristiwa yang akan berlaku 20 Ogos ni, kita lakarkan dulu kisah perut. Hehehehe

Nampak nye dalam Dunia Baru (DB) ni, nafsu makan mmg tinggi jika dibandingkan dengan Dunia Lama (DL). Sebagai contoh nye kisah dalam 48 jam terakhir ni, malas nak cerita kisah kat kg, lagi banyak perut ini diisi. DL hanya makan tengah hari(12tgh hari) dan makan malam dalam pukul 6 ptg, tp DB ni pagi breakfirst dengan roti, tengah hari layan nasi, petang nasi. Lepas tu bangun tgh malam dalam pkul 12 tgh malam dah tak blh tdr n ngantuk. Pkul 3pg layan Maggi tomyam. huhuhu pagi tadi pulak breakfirst roti lagi. tgh hari makan dan before maghrib dah makan nasi. Lepas Isya' pulak layan nasi dalam talam. Sekali makan bukan nye sedikit. Perut kenyang sangat, otak pun tak berfungsi dengan baik. So jangan jauh merapu. Kembali kepada topik yang belum di mulakan.

Ok la, pagi tadi baru perasan yang tarikh melihat anak bulan Ramadhan pada 20 Ogos. "20 Ogos lihat anak bulan Ramadan" begitu la bunyi tajuk berita online itu. Tapi 20 Ogos bagi diriku ada maksud lain. Merupakan sesuatu yang mungkin takkan aku lakukan lagi.

Nota1: Apesal tiba2 hilang idea.

Nota2: Ingatkan nak tulis tentang ulasan buku Dilema Melayu, tp xde mod la pulak.

Nota3: Sebenarnye tengah YM dengan schoolmate lama pasal H1n1, penghapus dosa kecil, wabak, dan bala.

Nota4: Malam ni perasmian pesta Konvo UTM. Dah lama tak berfoya foya.Perlu ke?

Wednesday, August 12, 2009

Kita vs Masa

Assalamualaikum wbt.

Hari ni tak ada benda yang menarik tentang diri ini yag nak diperkatakan selain dari keletihan setelah bermain badminton selama 2 jam 30 minit dari pukul 8-10.30 malam semalam. Penatnya bawa sampai ke pagi. Org bersukan untuk kesihatan, tp ni dah terlebih. Hehehhe Qada' main sbb dah 2 minggu tak boleh nak main. Hilangkan balik ketulan2, bonjolan2, lemak2 yg berlebihan yg mula ingin timbul. Pagi ni rase dah ringan sikit badan, agak2 turun 3kg kot.

Berdasarkan bacaan yg diperolehi dari buku Dr Yusuf al-Qaradhawi, pembahagian waktu bagi setiap individu muslim untuk setiap hari dibahagikan kepada 4 seperti dibawah:


Ini lah buku Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Saya tak berniaga ye.....(Sumber Internet)

Period Pertama
Bermunajat kepada Allah swt

Period Kedua
Bermuhasabah diri dengan apa yang telah dilakukan

Period Ketiga
Bertakafur dan mengamati segala ciptaan dan kejadian makhluk Allah swt.

Period Keempat
Berfikir dan berusaha untuk mencari rezeki dan bekerja untuk keluarga.

Jika difikirkan@direnungkan, sejauh mane kita berjaya dalam membahagikan masa kita untuk setiap hari. Tak pun kita pilih la satu hari selama kita hidup diatas bumi ini yang paling terurus, yang paling cemerlang. Cuba kita kira brape jam kita bermunajat kepada Allah swt, ada 1jam? Berapa jam pulak kita muhasabah diri dalam sehari? Bagaimana pula dengan bertakafur dan mengamati ciptaan dan kejadian makhluk Allah? Adakah hidup kita lebih banyak membuang masa, berfoya poya, berangan, berbual kosong yg mane sepatut nye tidak dilakukan oleh org Islam seperti kita kerana perbuatan ini semua tidak terkandung dalam mana2 period waktu yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Mungkin perbuatan@perlakuan ini adalah hasil serangan Iblis dan bala tenteranya (Sila rujuk buku 40 Senjata Iblis serta Bala Tenteranya).

Buku pertama yang saya beli ketika sedang sarat menulis thesis. Seram je bunyinye, tp banyak yg boleh diperlajari dan di renungkan....(Sumber Internet)

Mmmm, aku ni pun bukan nye baik sgt pun. Banyak juga waktu yg terbuang entah kemane. Ada yang ditiup oleh angin monsun, ada yang dibawa oleh air banjir dan mungkin juga waktu tu hilang disebabkan penggunaan frequensi yg tinggi and cable yang mempunyai losses yang tinggi. Di harap dengan membaca buku yang dari pelbagai kategori ni dapat menambahkan lagi ilmu serta dapat mengisi masa dengan berhemah. Selain dari period waktu di atas, waktu kita juga terbahagi kepada 4 ketegori. Elakkan lah dari kita menggunakan waktu kita untuk melakukan maksiat. Mmmmm, cakap banyak tak gune, jom kita tengok rumusan dibawah.....layannn Zaaassss.

Beberapa golongan 'arifin menyatakan:
"Waktu seorang hamba itu empat sahaja: (1) Nikmat, (2) Ujian, (3) Taat, (4) Maksiat. Dan demi kerana Allah, hendaklah kamu memperuntukkan dari setiap waktu itu sebahagian darinya pengabdian diri yang dituntut oleh Allah ke atas kamu yang berlandaskan konsep rububiyyah."

(1) Nikmat
Orang yang berada pada waktu kenikmatan, maka jalanya ialah kesyukuran, iaitu kegembiraan hati di samping Allah swt.

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) Yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang Luas lagi subur), Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!. (Saba':15)

(2) Ujian
Orang yang berada pada waktu ujian, maka jalannya ialah redha dan bersabar. Redha: jiwa meredhai Allah swt. Sabar: ketabahan hati menyerah diri kepada Allah swt.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar.(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
(Al-Baqarah:155,156)

(3) Taat
Orang yang berada di ketika melakukan ketaatan maka jalannya ialah memperakui anugerah Allah ke atasnya, bahawa Allah memberi hidayat dan taufik kepadanya untuk melaksanakan ketaatan itu.

Katakanlah (Wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata Dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka Dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan Dengan Yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa Yang mereka himpunkan dari Segala benda dan perkara Yang tidak kekal)"(Yunus:58)

(4) Maksiat
Orang yang berada pada waktu kemaksiatan, maka jalannya ialah taubat dan istighfar.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al-Zumar:53)


Nota1: Hujan..Tadi ada budak terjatuh motor seorang diri,mungkin break jem.Dulu pun pernah berlaku keatas diri ini. Dugaan supaya kembali mengingati Allah swt. Angin xde pun boleh jatuh. Sentiasa lah kita memohon dari Nya.

Nota2: Sape ada buku berkaitan al-Khawarizmi? harap dapat kongsi tajuk, penulis dan penerbit. Rindu nak baca berkaitan denganal-Khawarizmi.

Nota3: Ada buku2 menarik yang perlu saya baca? Tak kisah la novel pun boleh layannn.Hhehee

Tuesday, August 11, 2009

Dunia Baru...

Assalamualaikum wbt.

Ni bukan nye cerita "Dunia Baru" kat tv3 ataupun "Dunia Baru The Movie", tp ni pasal dunia baru selepas seminggu bercuti2 di beberapa negeri. Agak susah nak dapat kembali kepada rutin yang asal. Tambah2 nak perbetulkan waktu tidur yang mula bercelaru seperti empunye diri. Waktu membaca pun sudah tak boleh nak bg sepenuhnya disiplin.

Pagi tadi seperti semalam jugak, seawal 5 pagi dah sedar tanpa ada insan ataupun jam loceng yang mengejutkan. Kalau dulu nak bangun pagi mmg kne kunci handset, tp sekarang ni dah mula amalkan niat dan minta pertolongan dr Allah swt kerana Dia yang mematikan dan menghidupkan kita. Pagi td yg berbeda dgn hari sebelumnya ada la dr segi cuaca yang mana semalam hujan tp hari ni langit dipenuhi dgn bintang.

Di Dunia Baru ni masih tak boleh nak bangun seawal 5 pagi seperti Dunia Lama, nanti jd mcm semalam, pkul3 ptg dah tak boleh nak buka mata walaupun secara realitinya bukan bangun pun pukul5 tu, tidur balik sbb hujan walaupun tidur2 ayam. Mcm mane rupe tidur2 ayam ni erk??? Biase la, tidur2 ayam ni xbes sgt. So, lps Subuh mmg dah tak boleh nak ajar tidur. Kat kepala pikir nak baca buku apa pagi ni, tup ambik novel. Baca novel jela smbil menanti hari cerah utk ke lab. Malas nak ambik buku ilmiah sgt sbb xnak bg berat2 sgt pepagi buta ni. Tu semalam, tp hari ni lain sikit cerita die. Sbb hari tak hujan, pkul 530 dah bgn bersiap. Pagi tadi dah boleh membaca buku yg baru beli sebelum pergi bercuti pempoh hari. Buku "Biografi Rasulullah saw - Paparan & Analisis Peristiwa-peristiwa" jilid yang pertama. Wah, best betul baca buku ni. Baru baca pengenalan dari penulis, dah jadi bersemangat untuk belajar dan menuntut ilmu.

Buku yang patut kita baca sebagai panduan untuk kita lebih mengenali Rasulullah saw. Jangan terlepas peluang utk memilikinye. Hidup hanya sekali.

Sebenarnya sebelum baca buku ni, ada tengok content buku "Wasiat-wasiat Rasulullah saw". Teringat pulak ttg tajuk akhbar entah bila berkaitan dengan "Wasiat....."(tak berani nak tulis, nnt ada yg tangkap....hehehhe). Mase pegang baca content tu, mengeluh seorg diri "Apa la nak jadi dgn kita ni, sibuk dengan wasiat kita je sedangkan Wasiat Rasulullah saw banyak lagi yg kita abaikan. Sebab tak nak bagi hati ni membara, tukar lah baca buku pasal Rasulullah saw, baru hati menjadi tenang dan bersemangat.

Sebenarnya sekarang ni tengah belajar untuk menguruskan masa untuk Dunia Baru ni. Biasa nya Dunia Baru lebih baik dari Dunia Lama, tp rasa mcm terbalik saje sbb dah dua hari berturut2 mkn tgh hari sorg2, duk kat lab pun cakap sorg2, kalau la ada org boleh dengar ape yg aku cakap sorg2 tu, mesti tak lama lagi dah kne hntr ke tanjung rambutan. Mmm, mcm mane rupe tanjung rambutan tu erk??? Aku ni dah la jenis byk cakap jugak, tp dengan org yg aku knl la. Klu org yg tak knl, jangan harap aku nak cakap. Pernah tu org ckp aku ni sombong n garang, siap mengumpat+merancang lagi nak tinggal aku kat highway klu aku ni garang. Mmm family die pun cakap aku ni pendiam. Mmg la, dah tiba2 jumpe dgn family die. Mana tak diam nya. Tak budget pun. Huhuhuhu kenangan mmg tak boleh dibeli.

Ish, dah jauh merapu. Entah smpai mane dah, mod nak berceloteh kat sini pun dah menurun sbb penat terang kat bdk undergrade pasal GSM modem. A'a, pasal makan tgh hari. Dulu ada member utk borak masa makan. Boleh tukar2 pendapat, borak2 pasal isu semasa, persekitaran, politik. Cakap pasal politik, kat kg ari tu ada jumpe buku pasal pendapat Mahadhir Mohammad. Pendapat die sebelum die menjadi PM M'sia yg ke-4. Buku tu bertajuk "Dilema Melayu", terbitan pertama tahun 1982. Hahahha buku tu lahir dulu sebelum aku lahir. Lama tu.....dah ada dimakan anai2 dah pun, tp masih boleh di baca. Sengaja bawak dtg utk tengok pandangan nye sebelum memperolehi tampuk kekuasaan. Entah la, ada jual lg ke tak buku ni....Dah jd buku antik agaknye.....


Ini lah rupe bentuk buku "Dilema Melayu". Tp yg saya ada tidak secantik ini. Sudah berlobang di sana sini.

Alamak, tiba2 hilang ape yg nak dikatakan. Inilah kelemahan diri ini, sentiasa lari dari tajuk. Tapi utk tidak mensiasiakan penulisan kali ini, ada satu ungkapan yg diperolehi hasil pembacaan dari buku oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkaitan dengan masa

Kekosongan waktu seseorang lelaki adalah lantaran kelalaiannya, kekosongan waktu seorang wanita adalah lantaran sifat berahinya.

Sama-samalah kita ambik ikhtibar dari ungkapan diatas.

Nota1: Jari jemari masih tak mampu menaip sepantas otak berfikir.Rs nye blh "transmission lost". Lost tinggi sbb pakai wireless n pd freq tinggi n pd jarak yg jauh(sempat lagi tu).

Nota2: Dunia Baru belum menampakkan keseronokannya lagi.

Nota3: Suatu hari nnt kalau aku bercakap dengan benda yg tak boleh bercakap, jgn anggap aku gile. Hehhehe

Nota4: Pembetulan, Buku Dilema Melayu diterbitkan dlm BM pada tahun 1982. ia ditulis dlm BI pada tahun 1970 selepas kalah dlm pilihan raya 1969. Untuk mengetahui kisah lanjut blh la baca di http://ms.wikipedia.org/wiki/Dilema_Melayu


Monday, August 10, 2009

Photonics Sensor

Sensor design
  • intensity based, interferometric, polarization, spectroscopic, pulse shape or arrival time based.
  • photonics band gap fibers (PBG), microstructure optical fibers (MOF), random hole optical fibers (RHOF), hybrid ordered random hole optical fibers (HORHOF).

Photonic sensor for
-chemical, biological and nuclear agent detection.

  • small size, light weight, high resolution, immunity to electromagnetic interference, immunity to radio frequency interference, harsh environment operational capability, "long-reach" access potential, multiplexing capability, high sensitivity, high accuracy, low cost.

Friday, August 7, 2009

Trip di Bulan Ogos (Part I)

Assalamualaikum wbt.

Sehari sebelum bermulanya Ogos 2009
Seperti biase, pada hari Jumaat, semenjak 2 menjak ni, lebih suka pakai baju Melayu untk masuk lab, So hari tu pakai baju melayu yg dibuat utk jadi pengapit abg ngah. Pernah kne komen dengan sorg student phd kat lab, "igt ustaz mane td". Ada ke patut die ckp aku ni ustaz, xlayak langsung.

Sekarang ni, lps bangun Subuh dah jarang nak tidur balik sbb dah ada hobi baru iaitu membaca buku. Buku bukan engineering. Selepas penat baca buku, layan tv3 rancangan Selamat Pagi Malaysia or Malaysia Hari Ini....hehehhe tak igt mane satu tajuk yg betul. Buku yg dipromosikan pada hari tersebut adalah "Cinta Adam dan Hawa". Sebenarnya buku ni dah pernah tgk kat kedai buku Badan, cuma tggu giliran untuk dibeli sbb skrg ni byk sgt buku yg tgh beratur utk di beli.

Lepas bersiap, dlm pkul 8pg kluar nak panas kan enjin kereta. Skali tgk ada kesan cecair bewarna hijau di bawah enjin kereta. SAH, paip air ada yg ikat tak kemas. Check pnye check, ada satu saluran paip yg bahagian bawah terdapat air keluar. nmpknye kne suruh mmbe tgk la ptg nnt. Mmg sah xblh nak gerak awal ke KL ptg tu.

Dah smgt nak balik kg berkobar2, hari tu kerja hnye mengemas barang yg bersepah kat lab. habis semua barang masuk kat dalam kotak n byk jugak harta karun yg guna mase siapkan master kne angkut bawak balik rumah. Pg tu jugak dpt surat pengesahan tamat master, siapkan claim upah utk bulan Julai dan buat surat perlantikan RO utk bulan 8-2 2010. Dah lntk jd RO ada la jugak gaji tetap, ni asyik buat "kerja amal" je....

Dalam pkul 530ptg, klua dr lab menuju ke Shell utk kluarkan duit. Di Shell jumpe dgn Boss Lama. Juga kluarkan duit, anaknye tgh tdo dlm kereta. Selesai aku kluakan duit, nmpk BL masih diluar keretanye, masih tgh ckp telefon. Aku pun ke kedai utk betulkan sportlight. Kemudian BL call mntk tlg amblkn spare kunci kereta, anak die kne lock dalam kereta, tdo xsedar maklumla penat sekolah. Mmbe aku plk call nak repair paip kereta. Yg repair sportlight plak problem. Dekat 30mnt bru siap. smpai kat rumah BL n baru nak gerak, dpt call dr BL. Anak die dah sedar. So, aku pun xjadi bawak kunci spare die. Terus g rumah mmbe aku. Nasib baik kejap saja. Elok siap org dah azan Maghrib, elok la aku pun masih dgn baju melayu terus ke masjid.

Selesai dr solat, naik kereta pasang aircond. AIK, apesal xsejuk aircond ni? tu dia, dia buat hal plak. mmg dugaan betul. Kereta dah comot, basuh kereta dlu n balik rumah utk berkemas. lps solat Isyak, dalam pkl 9 klu dr rumah. Call mmbe aku tnye psl aircond. Die suruh g rumah die dlu. Die cakap gas habis. Dlm hati aku, 'ni mst kerja cina yg repair sportlight ni, td asyik tnye psl air-cond aku je'. So naik ke KL tanpa aircond.

Dalam pkul 9.30 mlm gerak dr JB.....Smpai Ampang dalam pkul 12.15tgh mlm.

"Kereta yg berjasa"

Sampai di KL, jumpe kejap dgn adek di Pelita dekat dngan Ampang Point. dah lama sebenarnye tak makan kat kedai mamak ni.huhuhu dah lama sgt xjumpe, dah lebih setahun. Banyak jugak benda yg dibualkan hampir dekat 1 jam. So, masing2 pulang.

Duk kat rumah abg ngah plak tak blh tdo sbb borak dgn adik2 smbl main playstation sehingga pkul 4pg. dah la siang td bgn pkul 6pg, tdo 4 pg.lps tu esoknye nak kne bgn pkul6 pg, ish, xngantuk ke bdk ni nak drive esok?

Bersambung.....

Nota1: wah panjangnye, kne ada episod jugak ni. Entah bile la nak hbs cerita trip balik kg kali ni.

Nota2:Esok lps Subuh nak bertolak ke Dungun, T'ganu. Nnt sggh beli keropok. Besnye...

Nota3:Alhamdulillah, selsema sudah beransur sembuh. Tp pening kepala masih terasa. Kenapa blh pening? Tunggu sampai ke kisah "lawatan ke Hospital"....hehehhe pucat putih, kalahkan org kat hospital.