Thursday, September 2, 2010

Membaca Sambil Menderma@Mutiara Minda 2010

Assalamualaikum wbt...

Memang tak sah kalau pergi kedai buku duit tak habis. Semalam gatal kaki nak masuk MPH Jusco Taman U. Maka ternampaklah promosi MPH Mutiara Minda. Diskaun sehingga 25% tu...

TAPI kepada pemegang Kad Mutiara Minda sahaja. Apakah itu Kad Mutiara Minda? Sila rujuk gambar dibawah.







Menderma RM10 kepada rumah anank anak yatim(seperti yang tertera di Kad Mutiara Minda), dan dapatkan Kad yang membolehkan anda diberi diskaun 10% dan 25% untuk buku buku yang terpilih. Jangan lepaskan peluang ini. Promosi ini sah sehingga 31 Oktober 2010. Nanti duit raya boleh la buat beli buku. Yang penting pergi derma dulu. Hehehehe...