Tuesday, April 13, 2010

Dunia: Dulu dan Kini...

Assalamualaikum wbt...

Dalam masa yang begitu terhad ini, saya telah berjaya menghabiskan 2 buah buku yang baru dibeli dan ada sebuah lagi di peringkat awal. Buku buku tersebut adalah 1) Agenda Yahudi Menakluk Dunia; 2) Pahlawan Islam Kontemporari; 3) HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis.

Bagi buku pertama, ia adalah sesuai untuk di baca supaya kita mengetahui segala tipu daya Yahudi. Segala percaturan Yahudi perlu kite kaji dalam menghadapi dunia yang makin mencabar ini bagi mengelakkan diri kite terjerumus dalam segala perancangan jahat Yahudi laknatullah ini.
Dari buku ini dapat kita pelajari bagaimana mereka cuba menguasai dunia bermula dari panjajahan fizikal, kepada penjajahan ekonomi dan seterusnya penjajahan pemikiran. Jika kita tidak berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah, sudah tentu kita tidak dapat membezakan antara yang ma'ruf dengan yang mungkar kerana kaum Yahudi ini terlalu licik dalam menyampaikan ideologi yang mereka cipta dalam menyesatkan semua kaum bukan Yahudi.
Memang banyak benda yang boleh dikupas dan dikaitkan dengan keadaan masa kini, tetapi banyak lagi perlu di kaji sebelum saya menyatakan pandangan pandangan lain mengenai Yahudi.

Buku kedua pula bertajuk "Pahlawan Islam Kontemporari". Syabas saya ucapkan kepada penulis yang berjaya mengetengahkan kisah pahlawan pahlawan ini semua. Tanpa buku sebegini, agak sukar untuk generasi masakini dan akan datang mengenali pejuang pejuang sebegini yang mampu menaikan semangat juang kerana Allah.
Di sini saya senaraikan pahlawan pahlawan yang diketengahkan oleh penulis;
1. Dzokhar Musayevich Dudayev-(lahir 15 April 1944), (pejuang Chechnya menentang Soviet Union) (Chechnya merupakan sebuah negara yang penduduknya beragama Islam- fakta yang baru diketahui setelah membaca buku ini)(tumpas pada 21 April 1994 ketika sedang bercakap ditelefon-teknik pengesanan komunikasi)
2. Ibnul Khattab-(menentang Soviet Union di Afghanistan, Chechnya)(kembali ke Rahmatullah pada 19 Mac 2002 ketika berusia 33 tahun)
3. Abdullah Syamil Salmonovich-(lahir 14 Januari 1965), (pejuang Chechnya menentang Soviet Union), (terbunuh dalam letupan trak pada 10 Julai 2006)
4. Hassan al-Banna
5. Sayid Qutb
6. Syeikh Abdullah Yusuf Azzam
7. Yahya Abdul Latiff Ayyash
8. Syeikh Ahmad Yassin
9. Abdul Aziz Rantisi
10. Khalid Ahmad Sawki Islambouli
InsyaAllah saya akan membuat sedikit ringkasan tentang pahlawan pahlawan di atas untuk rujukan diri ini dan sesiapa yang berminat. Semoga saya di beri kelapangan waktu.

Buku seterusnya adalah mengenai perjuangan HAMAS. Di dalam buku ini turut di muatkan "Pesanan untuk Umat Islam di Malaysia" yang telah di beri oleh Dr. Khalil Ismail al-Hayya, wakil HAMAS. Antara ayat yang menggoncangkan hati adalah "Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya."

Untuk mengetahui keseluruhan buku buku di atas boleh lah dapatkan di kedai buku ye... semangat untuk membaca berkobar kobar. Belum sampai lagi masa untuk menulis. Tambah ilmu secukupnya dahulu..

Dengan membaca buku buku perjuangan sebegini mampu menaikkan semangat kita untuk bangkit. Kita sekarang telah ditawan oleh penjajah dengan hiburan yang melalaikan sehinggakan kita menjadi lemah. Suatu hari nanti, jika kita berperang secara fizikal, sudah pasti amat mudah untuk ditewaskan oleh musuh kerana semangat juang kita yang senipis kulit bawang.

Nota1: Nampaknya mata semakin kabur. Jarak penglihatan pun dah makin kurang...huhuhu
Nota2: Maslah mengantuk makin menjadi jadi.
Nota3: Sangat respek dengan orang yang mampu mengamalkan tidur yang sedikit.

Friday, April 2, 2010

Semakin Tenat

Assalamualaikum wbt...

Nampaknya semakin hari semakin kacau...Teringat pula satu kisah yang di jelaskan didalam Majalah Solusi Isu No 2 mukasurat 30 yang bertajuk "Adakah engkau ingin memberi pelepasan terhadap ketetapan hukum Allah?"

Suatu hari seorang perempuan telah melakukan zina. Apabila ingin di bawa ke muka pengadilan, maka keluarganya telah merayu kepada Usamah bin Zaid yang di kenali mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Nabi saw agar meminta di kecualikan daripada hukuman rejam yang akan dikenakan.
Apakah jawapan Nabi saw selepas mendengar rayuan Usamah? Sabda Nabi saw: "Wahai Usamah, adakah engkau ingin memberipelepasan terhadap ketetapan hukum Allah!"
Lalu Rasulullah saw berpidato: "Adalah Bani Israel sebelum kamu, jika yang mencuri itu adalah orang yang mempunyai kedudukan, mereka membiarkan. Tetapi jika yang mencuri itu orang yang lemah (tidak mempunyai kedudukan), mereka laksanakan hudud..."


Berdasarkan kenyataan Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri di dalam Solusi (Isu 2), merujuk didalam kitab al-Taj al-Iklil'ala Mukhtasar al-Khalil disebut tentang jenayah yang wajib pembalasan, kesemuanya ada tujuh, iaitu;
1. Jenayah penderhakaan
2. Murtad
3. Zina
4. Qazaf
5. Curi
6. Rompak
7. Minum arak

Selagi hukum yang Allah telah tetapkan ini tidak kita gunakan, maka selagi itulah jenayah tidak akan dapat kita benteras.

Kita akan marah, melenting, mengamuk apabila orang bukan Islam menghina agama Islam, tetapi kita seolah olah tidak kisah apabila orang Islam sendiri yang mencabuli hukum yang terkandung didalam al-Quran. Macam mana kita mahu orang lain menghormati agama kita sedangkan orang Islam sendiri tidak menghormati ajaran Islam dan tidak melaksanakan suruhan tetapi melakukan yang dilarang secara terang2...

Malam ni emosi betul. Mood nak membaca pun dah hilang...huhuhu