Monday, May 31, 2010

Israel mengganas lagi

Assalamualaikum wbt...

Nampaknya pasukan bantuan ke Semenanjung Gaza telah di serang oleh pihak yahudi. Pihak yahudi telah menaiki salah satu(kapal Turki) daripada 6 buah kapal yg membawa misi kemanusiaan ke Gaza.

Setakat ini 15 aktivis telah terbunuh dan ramai lagi yang cedera. Kapal yang di serang itu membawa bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan.

Betapa kejam nya pihak yahudi, tetapi ape yang di buat oleh pihak PBB dan US. Sudah pasti ramai menjangkakan yg pihak pihak tersebut tidak akan mengambil tindakan terhadap pihak Israel. Mereka akan melengah lengahkan hukuman sehingga masyarakat dunia lupa akan peristiwa hari ini, kemudian kes digugurkan.

Monday, May 3, 2010

Ketenteraman Jiwa

"Aku berlindung diri dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya dan seksaan-Nya dan kejahatan para hamba-Nya daripada bisikan-bisikan syaitan dan jangan sampai mereka menggangguku."

Daripada al-Walid bin al-Walid r.a bahawa dia telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w katanya: "Wahai Rasulullah, aku sering berasa tidak tenteram." Maka Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila engkau hendak tidur, maka bacalah doa ini (tersebut di atas) nescaya mereka tidak dapat membahayakanmu atau mendekatimu sekalipun."

(Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd. Wahid Abd. Hanif)

Assalamualaikum wbt...

Akibat dari jiwa yang tidak tenteram...
1. Hidup tak tenang.
2. Otak berserabut.
3. Semua kerja tak menjadi.
4. Masa terbuang begitu sahaja.
5. Buat kerja yang tak berfaedah.
6. Mood membaca hilang.
7. Makan tak lalu.
8. Tidur yang berlebihan.
9. Menonton rancangan tv secara berlebihan.
10. Kerja tertangguh.
11. Kejap lapar, kejap kenyang.
12. Mood nak main badminton pun takde.


Ini lah yang berlaku sekarang. Sejak masuk bulan Mei. Jika tak di rawat, ia boleh menjadi penyakit yang sangat merbahaya.

Apa yang difikirkan sekarang: NAK BALIK KAMPUNG.....

Hari ni(6 May) pun masih tak mampu mencari arah tuju... Suatu perasaan yang sangat bahaya...

chaiyokkkkkk