Monday, November 30, 2009

Ruangan Ilmu - Episod 1

Assalamualaikum wbt....

Ramai yang tahu bahawa ilmu yang dituntut dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu; i) fardhu ain - ilmu yang wajib di tuntut oleh setiap hamba Allah yang berakal dan baligh tanpa pengecualian; ii) fardhu kifayah - ilmu yang wajib dikuasai oleh umat Islam dalam bidang2 yang diperlukan oleh masyarakat dan apabila sebahagian daripada umat Islam sudah menguasainya, masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan. Untuk penjelasan lanjut bolehlah baca dari kitab Ihya Ulumuddin.

Menurut Dr Danial Zainal Abidin di dalam buku nya yang bertajuk "Minda Muslim Super"(1), Imam Ghazali menyatakan bahawa Ilmu fardhu ain yang wajib di tuntut adalah yang berkaitan dengan akidah bagi memantapkan iman, tasawuf bagi membersihkan hati pekerti, dan fiqah supaya mengetahui perkara yang di wajibkan dan diharamkan ke atas seseorang.

Manakala ilmu fardhu kifayah pula terbahagi kepada dua iaitu ilmu syariat dan ilmu bukan syariat. Contoh ilmu syariat ialah ilmu tafsir Quran, Mustalah al-Hadis, ilmu qiraah dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali lagi berdasarkan dalam buku Dr Danial(1), ilmu bukan syariat pula seperti ilmu kedoktoran, ilmu hisab, ilmu bidang pertanian dan sebagainya.

Berdasarkan Ustaz Zaharuddin (2), cabang ilmu utama dalam Islam boleh dibahagikan kepada 3 bahagian besar, iaitu; i) akidah - kepercayaan; ii) syariah - aktiviti harian; iii) akhlak - moral dan etika.

Apa yang nak ditekan kan disini, sejauh mana kita ilmu yang kita ada? Adakah sudah cukup ilmu fardhu ain yang kita ada?? Nak di tanya ilmu fardhu kifayah mungkin ada yang nak berlepas tangan. Oleh itu marilah kita berpesan pesan ke arah kebaikan.

"Menuntut ilmu adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas setiap Muslim" (Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah).

Hadith menerangkan tentang kewajiban menuntut ilmu bagi setiap umat Islam tidak kira jantina.

Sudah bersediakah kita untuk mendidik anak2 kita nanti dengan ilmu yang kita ada? Adakah sudah cukup dengan menghantar anak2 ke sekolah???Ingat lah bahawa "Apabila seseorang meninggal dunia, maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak shalih yang mendoakan orang tuanya."



References;
1) Dr. Danial Zainal Abidin, " Minda Muslim Super", pg 72-81, 2009(cetakan ke 3).
2) Zaharuddin Abd Rahman, "Wang, Anda & Islam", pg 11, 2009(Edisi ke 2).

to be cont.....

Nota1; Jadi pengulas buku la pulak.

Nota2; Banyak lagi ulasan yang nak di buat tapi lagi banyak benda yang nak di baca.

1 comment:

  1. Al Quds Travel Welcome You :-

    "AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
    Date : 10,11,12 December 2009
    Time : 10.30 am - 10.00 pm
    Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
    Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
    Official Radio : THR Gegar FM
    Tel No : 609-747 9999

    Diskaun hebat untuk semua
    pakej pelancongan!!!

    ReplyDelete