Tuesday, August 11, 2009

Dunia Baru...

Assalamualaikum wbt.

Ni bukan nye cerita "Dunia Baru" kat tv3 ataupun "Dunia Baru The Movie", tp ni pasal dunia baru selepas seminggu bercuti2 di beberapa negeri. Agak susah nak dapat kembali kepada rutin yang asal. Tambah2 nak perbetulkan waktu tidur yang mula bercelaru seperti empunye diri. Waktu membaca pun sudah tak boleh nak bg sepenuhnya disiplin.

Pagi tadi seperti semalam jugak, seawal 5 pagi dah sedar tanpa ada insan ataupun jam loceng yang mengejutkan. Kalau dulu nak bangun pagi mmg kne kunci handset, tp sekarang ni dah mula amalkan niat dan minta pertolongan dr Allah swt kerana Dia yang mematikan dan menghidupkan kita. Pagi td yg berbeda dgn hari sebelumnya ada la dr segi cuaca yang mana semalam hujan tp hari ni langit dipenuhi dgn bintang.

Di Dunia Baru ni masih tak boleh nak bangun seawal 5 pagi seperti Dunia Lama, nanti jd mcm semalam, pkul3 ptg dah tak boleh nak buka mata walaupun secara realitinya bukan bangun pun pukul5 tu, tidur balik sbb hujan walaupun tidur2 ayam. Mcm mane rupe tidur2 ayam ni erk??? Biase la, tidur2 ayam ni xbes sgt. So, lps Subuh mmg dah tak boleh nak ajar tidur. Kat kepala pikir nak baca buku apa pagi ni, tup ambik novel. Baca novel jela smbil menanti hari cerah utk ke lab. Malas nak ambik buku ilmiah sgt sbb xnak bg berat2 sgt pepagi buta ni. Tu semalam, tp hari ni lain sikit cerita die. Sbb hari tak hujan, pkul 530 dah bgn bersiap. Pagi tadi dah boleh membaca buku yg baru beli sebelum pergi bercuti pempoh hari. Buku "Biografi Rasulullah saw - Paparan & Analisis Peristiwa-peristiwa" jilid yang pertama. Wah, best betul baca buku ni. Baru baca pengenalan dari penulis, dah jadi bersemangat untuk belajar dan menuntut ilmu.

Buku yang patut kita baca sebagai panduan untuk kita lebih mengenali Rasulullah saw. Jangan terlepas peluang utk memilikinye. Hidup hanya sekali.

Sebenarnya sebelum baca buku ni, ada tengok content buku "Wasiat-wasiat Rasulullah saw". Teringat pulak ttg tajuk akhbar entah bila berkaitan dengan "Wasiat....."(tak berani nak tulis, nnt ada yg tangkap....hehehhe). Mase pegang baca content tu, mengeluh seorg diri "Apa la nak jadi dgn kita ni, sibuk dengan wasiat kita je sedangkan Wasiat Rasulullah saw banyak lagi yg kita abaikan. Sebab tak nak bagi hati ni membara, tukar lah baca buku pasal Rasulullah saw, baru hati menjadi tenang dan bersemangat.

Sebenarnya sekarang ni tengah belajar untuk menguruskan masa untuk Dunia Baru ni. Biasa nya Dunia Baru lebih baik dari Dunia Lama, tp rasa mcm terbalik saje sbb dah dua hari berturut2 mkn tgh hari sorg2, duk kat lab pun cakap sorg2, kalau la ada org boleh dengar ape yg aku cakap sorg2 tu, mesti tak lama lagi dah kne hntr ke tanjung rambutan. Mmm, mcm mane rupe tanjung rambutan tu erk??? Aku ni dah la jenis byk cakap jugak, tp dengan org yg aku knl la. Klu org yg tak knl, jangan harap aku nak cakap. Pernah tu org ckp aku ni sombong n garang, siap mengumpat+merancang lagi nak tinggal aku kat highway klu aku ni garang. Mmm family die pun cakap aku ni pendiam. Mmg la, dah tiba2 jumpe dgn family die. Mana tak diam nya. Tak budget pun. Huhuhuhu kenangan mmg tak boleh dibeli.

Ish, dah jauh merapu. Entah smpai mane dah, mod nak berceloteh kat sini pun dah menurun sbb penat terang kat bdk undergrade pasal GSM modem. A'a, pasal makan tgh hari. Dulu ada member utk borak masa makan. Boleh tukar2 pendapat, borak2 pasal isu semasa, persekitaran, politik. Cakap pasal politik, kat kg ari tu ada jumpe buku pasal pendapat Mahadhir Mohammad. Pendapat die sebelum die menjadi PM M'sia yg ke-4. Buku tu bertajuk "Dilema Melayu", terbitan pertama tahun 1982. Hahahha buku tu lahir dulu sebelum aku lahir. Lama tu.....dah ada dimakan anai2 dah pun, tp masih boleh di baca. Sengaja bawak dtg utk tengok pandangan nye sebelum memperolehi tampuk kekuasaan. Entah la, ada jual lg ke tak buku ni....Dah jd buku antik agaknye.....


Ini lah rupe bentuk buku "Dilema Melayu". Tp yg saya ada tidak secantik ini. Sudah berlobang di sana sini.

Alamak, tiba2 hilang ape yg nak dikatakan. Inilah kelemahan diri ini, sentiasa lari dari tajuk. Tapi utk tidak mensiasiakan penulisan kali ini, ada satu ungkapan yg diperolehi hasil pembacaan dari buku oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkaitan dengan masa

Kekosongan waktu seseorang lelaki adalah lantaran kelalaiannya, kekosongan waktu seorang wanita adalah lantaran sifat berahinya.

Sama-samalah kita ambik ikhtibar dari ungkapan diatas.

Nota1: Jari jemari masih tak mampu menaip sepantas otak berfikir.Rs nye blh "transmission lost". Lost tinggi sbb pakai wireless n pd freq tinggi n pd jarak yg jauh(sempat lagi tu).

Nota2: Dunia Baru belum menampakkan keseronokannya lagi.

Nota3: Suatu hari nnt kalau aku bercakap dengan benda yg tak boleh bercakap, jgn anggap aku gile. Hehhehe

Nota4: Pembetulan, Buku Dilema Melayu diterbitkan dlm BM pada tahun 1982. ia ditulis dlm BI pada tahun 1970 selepas kalah dlm pilihan raya 1969. Untuk mengetahui kisah lanjut blh la baca di http://ms.wikipedia.org/wiki/Dilema_Melayu


4 comments:

  1. Salam Hilman.
    Terkejut sikit baca entri ni. Ada sikit perkaitan. Tadi waktu saya pilih2 nak baca buku yang mana kat rak buku rumah, saya letakkan 3 buku:
    1) Dilema Melayu
    2) The Ugly Malays
    3) When Time Stood Still
    Sudahnya saya pilih yang ke-3 dulu sebab perjalanan ceritanya lebih general. Next one baru saya akan proceed dengan no.1 dan seterusnya yang no.2.
    Bila awak bercerita tentang budaya membaca dan mengurus waktu dengan baik, saya belajar sesuatu dari situ. Sebab sepanjang duduk di rumah ni, pengurusan masa saya memang sangat teruk dan kurang membaca nak banding dengan di Moscow dulu. Terima kasih sebab mengingatkan. =)

    ReplyDelete
  2. Wsalam Dr. Sarah.

    O yeke. Saya pun terkejut juga. Tak sangka ye. Buku tu terbitan Pertama 1982 jugak ke?

    Hidup ni kita kena saling ingat mengingatkan, mungkin esok lusa Dr. Sarah pulak yang mengingatkan saya.

    Nota: Alam semeste ini milik Allah swt. So, Dia yang menggerakkan hati kita.

    ReplyDelete
  3. Tak pasti pulak saya yang ayah saya punya ni terbitan tahun bila. Dah uzur dah kulitnya. Macam dah lama. Nanti la saya tengok terbitan bila tu.

    ReplyDelete
  4. Sama la. Ni pun yang ayah saya punya. Page 1 & 2 pun dah xde, tp still boleh layan lagi. Kesan contengan oleh tangan2 yang "nakal" pun ada. Saya cukup kenal tangan itu. Hehehe

    Baru baca sikit, menarik. Bincang faktor2 pencapaian pelajar-pelajar Melayu lemah.
    1)keturunan
    2)alam sekitar

    ReplyDelete