Monday, December 13, 2010

Demam, Makan dan Tidur

Bismillahhirrahmanirrahim

Apakah kaitan antara demam, makan dan tidur. Ramai orang akan tidak lalu makan apabila demam dan banyak masa akan dihabiskan dengan berbaring dan tidur. Kenapa ini semua terjadi? Adakah di sebabkan memang lumrah? Atau semangat untuk melawan penyakit yang lemah dengan kata lain “memanjakan diri”? Atau effect dari ubat?

Persoalan ini timbul kerana saya sudah 3 minggu demam (batuk + selsema). Ya, sudah 3 minggu. Semenjak pulang ke kampong lagi. Saya pergi reunion (15 tahun UPSR) dalam keadaan demam panas. Pada petang 20 November 2010, suhu badan mencecah 38.5%, BP = 105/57 dan PR = 73. Apa maksud semua itu? Inilah masalah apabila tidak mengambil subjek biologi ketika SPM. Satu pun saya tak paham. Tidak tahu apakah angka angka yang di beri normal atau tidak. Selepas ini terpaksa lah baca buku buku yang berkaitan dengan medic.

Jika di ikutkan hati, memang saya tidak suka pergi ke klinik. Siapa yang suka untuk menunggu selama beberapa jam, kemudian jumpa doktor cakap sikit, buka mulut, tarik nafas dan boleh keluar untuk ambil ubat. Tidak sampai 5 minit. Antara 3-4 minit sahaja. Menunggu untuk jumpa doktor punyalah lama sampai 3 jam. Ada juga saya dengar kes yang mana apabila jumpa doktor, hanya di beri ubat sahaja dan kemudian di beritahu demam biasa sahaja, walhal dah kena tibi.

Nak salahkan doktor ke? Ops, kalau diikutkan di pintu tertulis “Pembantu Perubatan”, bukan doktor. Atau kita perlu pergi ke hospital pakar dan mengeluarkan wang sendiri untuk membayarnya barulah kita akan dapat mengetahui masalah sebenar kesihatan kita? Eh, kenapa tetiba menyimpang pula.

Jika difikirkan dengan mudah, jika doctor merawat pesakit (pesakit luar) dengan terperinci (siap check darah) ianya akan memakan masa yang lama. Jika dahulu terpaksa menunggu hanya 3 jam, mungkin ianya akan membawa kepada 9 atau 10 jam. Memandangkan rakyat kita yang ramai, bilangan pesakit juga ramai, dengan bilangan klinik kesihatan (yang percuma) yang sangat sedikit dan juga bilangan doctor nya yang juga tidak mencukupi, beginilah perkhidmatan yang kita perolehi. Redha lah dan berusahalah untuk meramaikan doctor dengan menjadikan anak anak sebagai harapan (macam la dah ada anak).

Udah la student medic study dengan begitu penat dan mencabar, sangat jauh jika di bandingkan dengan student engineering yang sangat sempoi dan releks, bila kerja di klinik kerajaan pula menanggung load kerja yang sangat berat. Tidak hairan lah ramai yang lagi suka buka klinik persendirian.

Atau memang strategi kerajaan untuk mengurangkan beban subsidi ubat ubatan kerana apabila perkhidmatan di “klinik subsidi” ini sangat baik, maka akan ramailah pesakit dating ke “klinik subsidi” dan secara automatiknya banyaklah ubat ubatan yang boleh di jual dengan harga RM30-50 terpaksa di beri dengan percuma atau RM1 untuk pendaftaran. Dah cukup.

Walaupun demam, selera makan saya masih tinggi. Jika boleh ingin makan setiap waktu. Memang pelik tapi inilah reality. Ada tak sesiapa yang mempunyai “penyakit” yang sama dengan saya? Yang lagi menghairankan, ada orang boleh cakap saya makin kurus. Huhuhu Nampak nya kena makan lagi banyaklah. Dengan nada seloroh boleh la cakap, “Ni ada bela nih”. Hehehehe

Sepatutnya saya hanya ingin tidur 4-5 jam sehari. Mungkin disebabkan effect dari ubat saya tidur 2 kali ganda. Wow, 8-10 jam tu, macam baby la pulak. Kalau dah tidur lama macam ni, bila masa nak baca buku yang berlambak dalam “box” ni. Tak suka tidur ataupun tertidur.

"Box" yang menempatkan buku buku yang telah di baca dan juga yang belum di baca. Entah bila nak cari rak buku.

Battery netbook hanya tinggal 8% sahaja dan charger pula “sengaja” tinggalkan di office.

Tuesday, December 7, 2010

Permulaan...

Bismillah hirrahmanir rahim

Hari ini sudah masuk 2 Muharram 1432H. Apabila masuk sahaja tahun baru, kita semua sibuk memperkatakan mengenai azam tahun baru. Dalam menetapkan azam untuk tahun baru ini, aku tidak ingin meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan cukuplah dengan menyatakan mengenai azam untuk membaca 100 buah buku. Setakat ini, azam azam lain masih lagi menjadi rahsia.

Untuk permulaan dalam mengejar misi dan visi 100 buah buku, aku memulakan dengan membaca buku “Asmaul Husna: Dengan NamaMu Aku Hidup”. Ada 11 buah buku TGNA yang telah di beli tetapi masih belum di baca dan ianya perlu diutamakan.

Buku yang ringkas dan padat

Cukuplah untuk kali ini. Kepala pun sudah pening. Batuk pun sudah hampir 3 minggu menemaniku dan masih sayang untuk meninggalkan aku. Nampak nya setelah membuka akaun FB, agak banyak masa di bazirkan di sana.

Nota: Buku buku TGNA ini saya beli pada 14/08/2010 semasa hati tidak tenang dan saya balik kampong pada pukul 4 pagi 15/08/2010. Al-Fatihah untuk arwah Harun bin Abdullah.