Saturday, August 13, 2011

Hari Terakhir...

Assalamualaikum...

13 Ogos 2010 merupakan hari terakhir arwah keluar dari rumah dan tak pulang untuk selama lamanya...

Al-Fatihah...

Hilman@Kajang

Saturday, May 28, 2011

Suasana Keilmuan

Assalamualaikum...

Sejauh manakah suasana persekitaran mempengaruhi pemikiran seseorang?

Di katakan suasana keilmuan mampu meransang pertukaran pemikiran.

Di mana?


[-hilman@kajang-]

Saturday, March 12, 2011

Bukuku...

Assalamualaikum...

Nampaknya bukuku pasti banyak yang sedang menangis sebab di tinggalkan di Johor. Entah bila boleh di ambil...

Sekarang ni tengah sibuk study sampai tak ada masa nak baca buku. Prestasi bacaan sangat teruk. Rasanya hanya 10 - 20 pages sehari.

Start at this time, I must spend one hour every day to read the book. Tak sabar menunggu hujung bulan. Nak beli kerusi dan meja tea untuk membaca. Mesti best ada tempat yang selesa untuk membaca. Juga ingin beli sebuah "high performance computer". Apa lagi kalau bukan untuk buat programming java dan microcontroller.

Lain yang di cari, lain yang di beli. 2 kali plan nak cari baju, 2 kali juga buku yang di beli. Ini adalah hasil kedua untuk operasi mencari baju...huhuhu

Lepas ni masa akan penuh dengan aktiviti. Kurangkan waktu tidur.

[Ampang]

Sunday, March 6, 2011

Diam...Terbaik

Assalamualaikum...

Diam itu lebih baik dari berkata kata perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa. Pengajaran yang aku dapat dalam masa terdekat ini...

Sekarang dalam proses mencari bilik sewa. Susah juga nak cari bilik yang sesuai. Cari di mudahdotcom dengan caribilikdotcom. Ada juga yang siap bagi syarat tak nak org Kelantan dan Terengganu sebab tak faham bahasa percakapan, macam macam. 1 bilik ni memang best sebab siap tulis syarat "mestilah muslim yang bersolat". Walaupun agak jauh dari office tapi teringin sangat nak duduk rumah tu...

Semalam mimpi lagi. Walaupun menarik tetapi seram jugak. Jangan la ia berlaku di dunia yang nyata...huhuhu

Banyak perkara yang perlu di lakukan dalam masa terdekat ni...banyak yang perlu di baca berkenaan dengan kerja... Buku yang di beli pun tersangat la banyak yang nak di baca...

Sekarang dah mula berjaya untuk tidur hanya sekitar 4-5 jam sehari...ini salah satu target 2011..

Hujan semakin lebat...Baca buku best jugak...

Saturday, March 5, 2011

Mimpi lagi...

Assalamualaikum...

Last two years, ada tulis pasal mimpi. Dan hari ni berlaku lagi...Mmm...Abaikan je...?

Kehidupan yang baru ini penuh cabaran di dalam kesesakan jalan raya... Hehehe menarik...

Nampaknya perlu cari 1 desktop dengan kadar yang segera untuk buat programming Java, MicroC dan banyak lagi...

Sekarang sudah bersedia untuk menuju ke arah menjadii lecturer...Kasut sudah mula di ikat...Lepas ni perlu teruskan langkah kehadapan... Sem baru akan bermula September...Mula mula jadi part time lecturer dulu...

go...go...go...

Tuesday, February 22, 2011

Hari hari Terakhir di Johor Bahru...

Assalamualaikum...

Ye, tinggal hanya lebih kurang 3 hari sahaja lagi untuk meninggalkan Johor Bahru dan memulakan penghidupan baru... Semoga jalan yang bakal di lalui di rahmati-Nya...
Bila nak berpindah, perkara yang paling malas untuk dilakukan ialah mengemas... Sudah hampir seminggu packing harta tetapi tak siap siap juga...
Dalam kesibukan packing barang sempat lagi ambik gambar...

Sebahagian dari buku buku yang telah habis di baca (Dec 2008-Jan 2011)

Sebahagian dari buku buku yang belum di baca...yang ni aje dah ada 110 buah buku...belum di kira yang kat dalam lab...huhuhu tak sabar nak tambahkan koleksi...tamak betul...

Bersiapsedia menanti buku buku di masukkan...1 box sudah siap diisi penuh dengan buku Ujang dan Apo?...ops, separuh dari buku Ujang dan Apo? tu pun masih belum di baca...

Sebahagian daripada buku yang sedang di baca... Ada sekitar 19 buah buku dan 9 buah e-Book yang sedang di baca...Hanya buku ini yang boleh di bawa bersama nanti...Buku buku lain terpaksa di tinggalkan...huhuhu

e-Book Reader: best betul ada eBook reader ni...lagi senang nak baca buku yang ada dalam format 'e'...tapi harga die pun tersangatlah best... baru sahaja berusia 1 bulan lebih...

Nampaknya banyak jugak buku yang aku bagi pinjam dekat orang... Nak kena buat record lepas ni...Alamak, battery dah low la pulak...Masa untuk sambung mengemas...Betul ke mengemas? Baca buku best jugak ni...
Ape ape pun, selamat tinggal JB...

Sunday, January 2, 2011

[Buku] Aku, Buku dan Cinta

Bismillahhirrahmanirrahim

Sebelum 2010 menutupkan tirainya, aku telah berjaya menyudahkan bacaan buku yang ke 65 untuk tahun 2010 iaitu Aku, Buku dan Cinta, tetapi ini bukan buku yang terakhir untuk 2010 kerana buku yang terakhir untuk 2010 telah di 'menangi' oleh buku tulisan Sasterawan Negara (Shahnon Ahmad). Penulis yang terkenal dengan buku La Tahzan ini telah berjaya menghasilkan sebuah buku yang sesuai dijadikan panduan kepada pemburu ilmu.

Dalam buku ini penulis menceritakan sejarah para ilmuan dalam mengembara memburu ilmu. Antara ilmuan yang dinyatakan penulis ialah Malik bin Anas (93-179H), Sufyan al-Tsauri (97-161H), Imam al-Syafi’I (150-204H), Yahya bin Mu’in (157-233H), Ahmad bin Hanbal (164-241H), Muslim bin al-Hajjaj (206-261H), Ibn Hazm (384-456H), Ibn Taimiyah (661-728H), al-Dzahabi (673-748H), Baqiy bin Makhlad (201-276H), dan al-Syaukani (1173-1250H). Kisah jihad ilmuan ini sepatutnya kita jadikan pembakar semangat dan batu loncatan dalam kita menuntut ilmu. Kita yang hidup di zaman yang di katakan serba moden ini sepatutnya tidak mempunyai alasan dalam memburu ilmu.

Dr. ‘Aidh juga ada menyenaraikan kitab kitab yang sepatutnya di baca oleh setiap ummat Islam. Tidak ada satu pun senarai kitab itu pernah saya baca. Sedih betul. Apa yang telah saya lakukan selama 27 tahun ini? Adakah masih mampu untuk tidur dengan nyenyaknya sedangkan ilmu belum cukup. Inilah beza nya menuntut ilmu untuk pengetahuan dengan ilmu untu peperiksaan. Nampaknya kena kurangkan membaca buku yang kurang bermanfaat.

Saya amat tertarik dengan perkataan yang digunakan oleh penulis iaitu “Tidak ada satu kitab pun yang sempurna kecuali al-Quran”. Ya, memang tepat sekali. Jadi pandai pandailah kita menilai pandangan, idiologi, falsafah yang terkandung dalam buku yang di baca. Kita di serang dari setiap penjuru oleh libralisme, pluralisme, sekularisme dan bermacam macam isme yang lain. Oleh itu dengan ilmu pengetahuan dan bacaan yang tepat sahaja yang mampu membezakan setiap isme ini.

Sebenarnya banyak lagi ilmu yang akan anda dapat setelah membaca buku ini. Apa yang saya nyatakan di atas belum sampai 1%. Tidak sia sia waktu anda jika di habiskan untuk membaca buku ini.

Sekian...