Friday, July 31, 2009

Surat Pengesahan

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak surat pengesahan dari fakulti yang menyatakan tamat pengajian. Sekarang tunggu mesyuarat Senat pulak.

Ok la, sambung kerja dulu. Tak sabar menunggu petang nnt. Tak sabar menunggu hari esok. Tak sabar nak bermain dengan anak buah.

Perancangan Hari Esok

Assalamualaikum wbt.

Tengah malam ni tak ada ape nak di lakarkan dekat sini, cuma petang nanti akan bermula perjalanan pulang ke "kampung yang damai"(nama no tel rumah) yang panjang.

Walaupun esok akan berjalan jauh, tapi mata masih tak boleh tido. Semoga perjalanan kali ini menjadi perjalanan yang menarik.

Malas nak tulis panjang2. Kena paksa mata untuk pejam. Dah la drive sensorang.....

Tuesday, July 28, 2009

"Compile"

Assalamualaikum wbt.

Nampak nya dalam 2 3 hari ni takde la busy sangat, tp tak sempat untuk meng"compile" perjalanan harian utk tatapan di hari tua(eh, muda lg ke??). Banyak jugak peristiwa2 "bersejarah berlaku dalam bulan Julai 2009 ni. Kereta rosak, check salah tulis no i.c(igt kite ni dah tua ke), jilid thesis, kunci rumah hilang, mencari penunu bunsen dan banyak lg la......

Sekarang yg paling best adalah attend talk berkaitan dengan my research. Menarik jgk talk and info yg dapat td walaupun byk jugak yg die cakap dah tau, tp dgr lg skali dpt refresh otak. Hari ni tak mengantukpun padahal pg nye bangun awal (walaupun diri ini anggap terlewat 10minit dr waktu yg diharapkan...) Semalam punye la mengantuk dengar talk, entah brape ratus kali menguap. Maklum la dah lama benar tak masuk kuliah. Kena plak dengan air-cond yg sejuk mengalahkan musim salji(hehehhe padahal tak tahan sejuk air-cond). Kat bawah ni adalah tajuk talk mengikut hari.

Semalam: Dilute nitride and their applications in optoelectronic devices
Tadi: Heterojunction electronic devices
Esok: Semiconductor lasers and quantum well infrared photodetectors
Lusa: Semiconductor memories

Sape2 yg berminat untuk buat research boleh la mendalami bidang ni. Tambah2 bidang Dilute nitride, benda baru tu. Senang ckt dpt novelty. Hehehe Kalau ikutkan hati, nak aje bat bidang Photonics + Optoelectronic + HBT + Dilute nitride......Tp nak smbg pun kne tgk facilities dlu. Kan ada yg buat xde tempat nak fabricate. Huhuhuhu haru jawap die. Lagi satu, kena tggu ada pendorong...Hehehhe dah gatai nmpk. Bukan ape, buat research ni emosi penting. Pengalaman tuuuu.....

Nampak nya niat untuk membayar semua hutang sebelum balik kg ni telah hampir berjaya. Cuma hutang "lomo cam" je yg belum dibayar. InsyaAllah esok bankin duit ke maybank agar dapat jelaskan semua duit org. Biar duit xde, asalkan dah bayar semua hutang. Nanti dah betul2 sengkek bru pinjam balik. Bila pinjam duit, kne ada niat nak bayar, baru mudah nak jelaskan hutang.

Malam ni layan map kat google. dah la xbiase balik ikut Jerantut. nanti ada yg tersalah haluan. Huhuhuhu Esok pulak nak g sambung repair kereta untuk perjalanan yg jauh dihujung minggu nnt...Habis jugak la dalam RM300++. Melayang lagi.

Ok la. Mata dah hmpr tak blh nak buka.

Nota 1: Buku pun banyak lagi nak baca.

Nota 2: Poster pun xsiap lg.

Nota 3: Surat pengesahan dari fakulti pun xdapat lg.

Nota 4: Check pun tak klua lg.

Nota 5: Mataku semakin kabur...huhuuhu

Tapi apa pun, hidup mesti happy..

Sunday, July 26, 2009

Ketentuan

Assalamualaikum wbt

Dah banyak hari tak tulis sesuatu kat blog ni. Kalau ikutkan hati, banyak benda yang nak di luahkan. Tapi masa tak berapa mengizinkan(cewah, padahal banyak buang masa buat benda lain). Banyak betul dugaan dan cabaran yang berlaku dalam minggu ni. Tunggu next posting la. Malam ni nak mengingatkan diri ini tentang drama TV3 pukul 10 mlm tadi yang baru habis dalam 25 minit lepas.

Sedih betul cerita tadi. Semoga Allah menjauhkan sifat bakhil dan riak dalam diri ini. Cerita mengenai seorang anak yang berjaya dalam pelajaran dan hidup (jika diukur dengan kekayaan) bersikap sombong dengan adik beradik nya sendiri dan bersangka buruk terhadap kakak dan adik nya yang hidup agak susah di kampung. Begini la akan berlaku sekiranya kota terlampau taksub terhadap kekayaan, pangkat, wang ringgit sampaika darah daging sendiri pun tak percaya.

Kisah ini memberi peringatan kepada diri ini supaya tidak sombong dengan ape yang diperolehi sekarang ini kerana semua ini adalah pinjaman sementara dari Allah swt. Bila-bila masa Dia boleh tarik balik segala nikmat yang di beri. Memang susah nak dapat hidup senang dan memang susah hidup bila hidup senang.

So, hidup ini bukan untuk menyenangkan diri sediri tapi untuk hidup yang boleh membahagiakan diri ini dan orang-orang disekeliling. Memberi kegembiraan dan kemudahan kepada orang lain membuatkan hati ini turut gembira. Semoga orang yang membenci@rimas@muak dengan diri ini diberi kelembutan hati untuk menerima@memaafkan@selesa dengan diri ini. Kerana kebencian itu membuatkan diri ini terasa tidak tenteram.

Aik, apesal dah melencong jauh ni? Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Tajuk posting di beri berdasarkan tajuk drama td...hehehhee


Nota 1: Kejayaan hari ini bukan milik kita seorang. Kita mempunyai tanggungjawap yang lagi besar.

Nota 2: Baru dapat SMS dari adik. Duit untuk bayar kereta die dah bank in. Bayar 50-50. Adik punya pasal, kalau bukan kita adik beradik yang tolong, siapa lagi. Air dicincang tak kan putus.

Nota 3: Semangat membaca, ke mana engkau menghilang? Pulanglah.....Banyak lagi buku yang perlu di baca...

Wednesday, July 22, 2009

kita hanya mampu merancang

Assalamualaikum wbt.

Kalau di ikutkan nak hantar thesis pada 20072009 bersamaan dengan 27 Rejab, tapi apakan daya sewaktu org azan asar bru boleh nak burn cd. Nak siapkan semua skali mesti dah masuk pukul 5....Ada 2 pilihan....sahut panggilan azan @ burn cd utk dihantar????Kalau siapkan proses penghantaran thesis, belum tentu kerani yg uruska tu ada.....Kalau ada pun belum tentu die nak terima,dah hmpir pkul 5........So thesis terpaksa dihantar pd pkul 9am 21072009(dah xlawa tarikhnye).....

Dah hantar thesis semangat sikit nak siapkan projek utk exibition.....tp tgh syok buat keje tb2 blackout....lama plak tu...nak tggu ada current, g makan....lps makan rs mengantuk la plak......dah la pg td tersedar pkul 4pg.....awalnye nak bgun.....smbg tdo,sdr2 dah pkul 5.45, alamak....melepas lg.....esok xtau la blh bangun awal ke tak......

Badan plak rase letih sgt.....skrg aktiviti byk dihabiskan dgn bersukan.......bersukan dpt memenatkan badan.....badan penat menyebabkan masalah dpt dilupakan.....Betul ke??????hehehhee tu la dlu xnak ambik bio......

Rasa nye bayk lagi nak di coretkan.....tp biasa la.....diri ini lagi suka bermonolog seorg diri......entah bile la mampu meluahkan nye......ok, blajar slow2 utk "menulis"......

Nota 1: Bercucuk tanam lah di muka bumi ini untuk bekalan di hari esok.....

Nota 2: Semoga hari esok membawa sinar yg baru....

Sunday, July 19, 2009

Akhirnya

Assalamualaikum wbt

Setelah sekian lama bermonolog di dalam diri, akhirnye tercapai jugak hasrat untuk merakamkan segala perasaan, pemikiran,dan sebagainya secara bertulis....Dah banyak sangat yang bersarang dekat dalam kepala....

Sebenarnye semalam lagi blog ni dah di 'create', tp xde kesempatan untuk mencoretkan mukaddimah...Hari ni pulak bz dgn berbagai aktiviti.....Yang paling bestnye main futsal......Hari ni berjaya score sbyk 14 biji gool......menang dgn bergaya.....30-17 klu xsilap......ini adalah hasil ketidak tiduran selepas Subuh.....hehehehe klu tidur lepas Subuh, mesti pergerakan kaki tidak selincah Ronaldo atau pun Ribinho......hehehhehe

Petang pulak g periksa keadaan kereta.....Temperature kereta naik klu jalan jem.....huhuhuhuhu....nmpk nye semakin pokai la.....dah la duit xde, surat menyatakan tamat master belum dapat...uhuuhuhuu.....tp yg paling gembira ialah thesis dah berjaya dijilid.....Esok sempena 27 Rejab @ 20072009 blh hantar ke Fakulti.....xtau la brape lama lagi nak tnggu kluar surat....uuuhuhu

Malam pulak lepak kat Lab....sebenarnye xde mod nak lepak kat lab....tp sebab ada kerja perlu diselesaikan sambil nak hantar thesis......kuat nye bau,smpai pening kepala.......layan nasi kerabu + daging bakar sampai 2 bungkus.......badan pun terase sgt penat(ekoran main futsal 1 jam tanpa henti).....Nampaknye malam ni xsempat la nak search info utk mystudy.....

Nota1:Bila nak habis baca buku yg ada dalam koleksi ni????

Nota2:Susahnye nak istiqomah.......

Nota3:Bila la nak dapat Lomo Cam.....Sabar2....