Wednesday, August 12, 2009

Kita vs Masa

Assalamualaikum wbt.

Hari ni tak ada benda yang menarik tentang diri ini yag nak diperkatakan selain dari keletihan setelah bermain badminton selama 2 jam 30 minit dari pukul 8-10.30 malam semalam. Penatnya bawa sampai ke pagi. Org bersukan untuk kesihatan, tp ni dah terlebih. Hehehhe Qada' main sbb dah 2 minggu tak boleh nak main. Hilangkan balik ketulan2, bonjolan2, lemak2 yg berlebihan yg mula ingin timbul. Pagi ni rase dah ringan sikit badan, agak2 turun 3kg kot.

Berdasarkan bacaan yg diperolehi dari buku Dr Yusuf al-Qaradhawi, pembahagian waktu bagi setiap individu muslim untuk setiap hari dibahagikan kepada 4 seperti dibawah:


Ini lah buku Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Saya tak berniaga ye.....(Sumber Internet)

Period Pertama
Bermunajat kepada Allah swt

Period Kedua
Bermuhasabah diri dengan apa yang telah dilakukan

Period Ketiga
Bertakafur dan mengamati segala ciptaan dan kejadian makhluk Allah swt.

Period Keempat
Berfikir dan berusaha untuk mencari rezeki dan bekerja untuk keluarga.

Jika difikirkan@direnungkan, sejauh mane kita berjaya dalam membahagikan masa kita untuk setiap hari. Tak pun kita pilih la satu hari selama kita hidup diatas bumi ini yang paling terurus, yang paling cemerlang. Cuba kita kira brape jam kita bermunajat kepada Allah swt, ada 1jam? Berapa jam pulak kita muhasabah diri dalam sehari? Bagaimana pula dengan bertakafur dan mengamati ciptaan dan kejadian makhluk Allah? Adakah hidup kita lebih banyak membuang masa, berfoya poya, berangan, berbual kosong yg mane sepatut nye tidak dilakukan oleh org Islam seperti kita kerana perbuatan ini semua tidak terkandung dalam mana2 period waktu yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Mungkin perbuatan@perlakuan ini adalah hasil serangan Iblis dan bala tenteranya (Sila rujuk buku 40 Senjata Iblis serta Bala Tenteranya).

Buku pertama yang saya beli ketika sedang sarat menulis thesis. Seram je bunyinye, tp banyak yg boleh diperlajari dan di renungkan....(Sumber Internet)

Mmmm, aku ni pun bukan nye baik sgt pun. Banyak juga waktu yg terbuang entah kemane. Ada yang ditiup oleh angin monsun, ada yang dibawa oleh air banjir dan mungkin juga waktu tu hilang disebabkan penggunaan frequensi yg tinggi and cable yang mempunyai losses yang tinggi. Di harap dengan membaca buku yang dari pelbagai kategori ni dapat menambahkan lagi ilmu serta dapat mengisi masa dengan berhemah. Selain dari period waktu di atas, waktu kita juga terbahagi kepada 4 ketegori. Elakkan lah dari kita menggunakan waktu kita untuk melakukan maksiat. Mmmmm, cakap banyak tak gune, jom kita tengok rumusan dibawah.....layannn Zaaassss.

Beberapa golongan 'arifin menyatakan:
"Waktu seorang hamba itu empat sahaja: (1) Nikmat, (2) Ujian, (3) Taat, (4) Maksiat. Dan demi kerana Allah, hendaklah kamu memperuntukkan dari setiap waktu itu sebahagian darinya pengabdian diri yang dituntut oleh Allah ke atas kamu yang berlandaskan konsep rububiyyah."

(1) Nikmat
Orang yang berada pada waktu kenikmatan, maka jalanya ialah kesyukuran, iaitu kegembiraan hati di samping Allah swt.

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) Yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang Luas lagi subur), Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!. (Saba':15)

(2) Ujian
Orang yang berada pada waktu ujian, maka jalannya ialah redha dan bersabar. Redha: jiwa meredhai Allah swt. Sabar: ketabahan hati menyerah diri kepada Allah swt.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar.(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
(Al-Baqarah:155,156)

(3) Taat
Orang yang berada di ketika melakukan ketaatan maka jalannya ialah memperakui anugerah Allah ke atasnya, bahawa Allah memberi hidayat dan taufik kepadanya untuk melaksanakan ketaatan itu.

Katakanlah (Wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata Dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka Dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan Dengan Yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa Yang mereka himpunkan dari Segala benda dan perkara Yang tidak kekal)"(Yunus:58)

(4) Maksiat
Orang yang berada pada waktu kemaksiatan, maka jalannya ialah taubat dan istighfar.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al-Zumar:53)


Nota1: Hujan..Tadi ada budak terjatuh motor seorang diri,mungkin break jem.Dulu pun pernah berlaku keatas diri ini. Dugaan supaya kembali mengingati Allah swt. Angin xde pun boleh jatuh. Sentiasa lah kita memohon dari Nya.

Nota2: Sape ada buku berkaitan al-Khawarizmi? harap dapat kongsi tajuk, penulis dan penerbit. Rindu nak baca berkaitan denganal-Khawarizmi.

Nota3: Ada buku2 menarik yang perlu saya baca? Tak kisah la novel pun boleh layannn.Hhehee

2 comments:

  1. Salam Hilman.
    Oh. Banyaknya info untuk hari ni. Sangat suka baca semuanya. Terima kasih! Nota 3 tu lain macam je. Sabar je la ye. Huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Wsalam Sarah.
    Terima kasih juga dekat Sarah kerana sudi baca dan komen.
    Hehehe, semua jenis buku saya baca. Ni tgh hbskan novel, nnt nak beli yang lain pulak. Setakat ni ingat nak cari "Bila Cinta Bertasbih". Entah la menarik ke tak...=)

    ReplyDelete