Friday, August 7, 2009

Takrifan 070809...

Assalamualaikum wbt.

Hari ni tanggal 070809 dalam sejarah. "hari ini dalam sejarah" buniy nye macam rancangan television masa kecik2 dahulu. Biasa nye ke udara dalam pukul 6.30 petang. Tapi kali ni lain banyak, 070809 dalam hidup ini membawa beberapa maksud atau pun pengertian.

1) 070809 berdasarkan bulan
bulan Julai, Ogos dan September pada tahun yang dirahsiakan...
Bertemu, Bersama dan Berpisah....begitu lah maksud 070809 jika ditafsirkan mengikut bulan. Hanya org2 tertentu sahaja yang memahami maksud ini. Harap "die" tak membacanye....

2) 070809 berdasarkan tahun
tahun 2007, 2008 dan 2009 buat master by research. inilah tahun2 yg agak penuh dengan cabaran, dugaan yang perlu ditempuhi. tahun2 yg mempunyai pasang surut nye dengan frekuensi yg agak tinggi. kalau tak percaya, cuba check bilangan rambut dikepala, dah makin surut.huhuhu

3) 070809 berdasarkan hari
kiranya hari ni la, 07 Ogos 2009. Sebenarnya hari ini ada sesuatu yang istimewa, tapi apa kan daya "kita hanya mampu merancang". So, kita mulakan hidup yang baru. Masa yang berlalu takkan kembali. Mmg susah nak maafkan kesalahan org lain, mcm cerita Nur Kasih tadi la plak.

Sebelum ni pernah letak status YM "070809". Ramai jugak yg bertanya, "tarikh kawen ke?". Ada jugak yg tunggu nak tengok ape yg akan berlaku pada diri ini tanggal 070809....hahaha Sori la, xde ape pun yg istimewa berlaku pada 070809.

Nota1: Jangan ada gosip ckp balik bertunang dah la. Maklum la kali ni cuti seminggu. Last time pun ada angin2 sepoi bahasa yg menyatakan balik bertunang.

Nota2:Tunggu puteri dari bulan turun melamar.Hehehee ok ke mcm tu?

No comments:

Post a Comment