Friday, July 30, 2010

Target Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum...

Lebih kurang 12 hari lagi bulan Ramadhan bakal menjelma. Sebelum masuk bulan puasa ni, target 5 buah buku perlu di habiskan

Buku buku yang memenuhi ruang pandangan mata sebelum puasa

1) Men are from Mars Women are from Venus -184 pages (286)
2) Rahsia & Keistimewaan Solat Berjemaah - 149 pages (282)
3) Himpunan Kisah-kisah Teladan (Siri 2) - 85 pages (348)
4) Dilema Melayu-Islam - 312 pages (350)
5) The Choice: Dialog Islam & Kristian - 114 pages (419)

Total ada 844pages dalam masa 12 hari. Belum ditolak dengan perjalanan ke KL hujung minggu ini. Secara purata perlu baca 70 pages sehari.

Tak boleh banyak buang masa di internet selapas ni.

Semangat buat research pun tengah berkobar kobar. Rasa macam tak nak tidur je. Jika dulu buat pasal Radio over Fiber (RoF), kemudian Free Space Optic (FSO), sekarang ni tengah study literature untuk siapkan proposal mengenai Radio on Free Space Optic(RoFSO).

Time semangat memuncak ni kena la gunakan dengan betul.

Nota1: Macam mana la nak berpuasa shopping buku? Asyik ada sale aje..

Thursday, July 29, 2010

Program Hujung Minggu@PTS

Assalamualaikum...

Buru je buka internet malam ni, tiba tiba dapat email dari PTS. Berbunyi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pelanggan bookcafe yang dihormati,

Mohon maaf sekiranya e-mel ini mengganggu tuan-tuan dan puan-puan. Mohon maaf juga sekiranya ada di antara tuan-tuan dan puan-puan menerima emel ini untuk kali kedua. Berlaku kesilapan teknikal semasa emel dihantar.

Jualan hujung minggu datang lagi menemui peminat-peminat buku. PTS, penerbit buku umum pelbagai kategori dalam bahasa Melayu nombor 1 di Malaysia akan mengadakan program Hujung Minggu@PTS.

Jualan yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos ini bakal memberi peluang kepada pengunjung membeli buku-buku keluaran PTS dengan harga yang lebih murah.

Program hujung minggu ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang bertempat di PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.

Klik di sini bagi melihat lokasi PTS http://pts.com.my/index.php/contact/
Pelbagai pengisian dalam program tersebut antaranya pameran dan jualan buku. Diskaun dari 25% untuk semua buku dan diskaun 50% untuk buku terpilih.

Sehubungan dengan itu, PTS menjemput tuan dan puan menghabiskan masa hujung minggu pada 31 Julai dan 1 ogos ini di premis PTS.

Rebutlah peluang membeli buku-buku terbitan PTS pada kadar diskaun istimewa.

Tuan dan puan juga boleh sebarkan e-mel maklumat ini kepada peminat-peminat buku PTS yang lain supaya mereka juga tidak terlepas peluang berhujung minggu di PTS.

Jumpa tuan dan puan di Program Hujung Minggu@PTS yang bakal memeriahkan hujung minggu Tuan dan Puan.

Jika di Badan Cemerlang beri diskaun 20%, dekat PTS pulak beri diskaun sehingga 50%(buku yang terpilih) Agak agak buku ape yang tu? Mesti buku buku lama yang masih ada dalam stok. Jom search buku di PTS online. Atau pun buku buku berkaitan dengan bulan Ramadhan.

Nota1: Nampaknya menunggu gaji bulan depan kena la puasa. Raya tahun ni beli kopiah baru je. Tart gulung nenas macam mane pulak?

Nota2: Emosi malam ni tak stabil sebab nak kena review buku di PTS.

Sunday, July 25, 2010

Potongan 20% di Badan Cemerlang (24 Julai - 24 Ogos 2010)

Assalamualaikum wbt...

Sekaranglah masanya untuk memborong buku buku yang di idam idamkan. Potongan 20% boleh dikatakan agak besar juga. Tetapi hanya layak kepada yang mempunyai "kad ahli" sahaja. Yang tak menjadi ahli hanya dapat potongan 10% sahaja (kalau peraturan tahun lepas masih digunapakai). Buat kad ahli hanya rm5. Kalau dah beli buku sampai rm 100 tu, baik buat "kad ahli" aje. Nanti lain kali (diluar waktu promosi) boleh dapat potongan 10%.

Sebenarnya saya boleh dikatakan sudah jemu untuk membeli buku dengan potongan hanya 10%, sebab itu lah apabila ada tawaran potongan yang lebih dari 15% baru semangat nak membeli secara borong. Bukan beli buku murah tapi kita kena bijak dalam mengatur strategi membeli. Hehehe

Selepas memborong buku buku PTS di pesta buku dengan potongan 30%, kegilaan memborong mula timbul kembali pada 19 Jun yang lalu. Dari 19 Jun hingga 17 Julai, nilai buku yang saya beli berjumlah RM484.40 (harga sebelum tolak potongan)

19/06/2010: RM95 (sebelum potongan 25%) = 71.30
24/06/2010: RM237.50 (sebelum ptongan 25%) = 178.20
26/06/2010: RM52.90 (tiada potongan) = 52.90
07/07/2010: RM75 (sebelum potongan 30%) = 52.50
17/07/2010: RM 24 (sebelum potongan 10%) = 21.60

Jumlah selepas potongan = RM 376.50.

Telah jimat RM107.90 BERBALOI BALOI...

Pengiraan sebegini membuatkan saya rasa untuk pergi memborong buku di Badan Cemerlang, Plaza Angsana Johor Bahru. Nasib baik promosi ini hanya setahun sekali. Kalau tak, membujang la sampai ke tua...

Hilman, kamu perlu sedar. Koleksi buku yang ada sekarang ni, 23 buah masih belum di baca dan 9 buah buku sedang dibaca. Huhuhu "Box" tempat menyimpan "harta harta karun" pun dan penuh. Kena la cari "box" yang baru sebelum ada rumah sendiri untuk diletakkan rak buku.

Nota1: GR-MY banyak memperkenalkan buku buku menarik untuk di cari.

Nota2: Selepas ini cari buku "Halil Inalcik" dan " Naquib al-Attas"

Tuesday, July 13, 2010

Goodreads Malaysia: 50 Buku Setahun 2010

Assalamualaikum...

Berita Harian 06/07/2010 memaparkan berita mengenai target 50 buah buku setahun.

Tidak mustahil.

Seminggu 1 buah buku (bukan sebulan 4 buah buku). dalam setahun ada 52 minggu. setelah ditolak 2 minggu untuk cuti hari raya, maka cukuplah 50 minggu = 50 buah buku.

Hari ini 13/07/2010 merupakan hari didalam minggu ke 28, maka sepatutnya telah habis 27 buah buku dah hampir habis buku yang ke 28.

01/01/2010 bermula pada hari jumaat, untuk disiplin matematik yang tegas, maka setiap buku baru hendaklam mula di baca pada hari jumaat dan perlu habis pada atau sebelum khamis.

Secara purata setiap hari perlu membaca cuma antara 50-70 muka surat untuk menghabiskan buku antara 350-490 muka surat. Suatu angka yang sedikit jika di bandingkan dengan masa yang di gunakan untuk menonton television.

Walaupun pada awal tahun hanya menetapkan 24 buah buku untuk tahun 2010 ini, tetapi di sebabkan oleh "kempen" oleh Goodreads Malaysia maka 24 berubah kepada 50.

Setakat ini sudah selesai 24 buah (bermakna kurang 3 buah berbanding dengan yang sepatutnya). Tetapi buku Natrah cuma ada 160 page lagi, buku Yakjuj Makjuj pula lagi 100 pages dan ada beberapa buah lagi hampir habis.

Apa tunggu lagi, jom membaca.

Nota: Buku Natrah dengan diskaun 30% (RM52.50 untuk staf) di penerbit UTM. Nak order, bagi tau saya.

Saturday, July 10, 2010

PhD, oh PhD...

Assalamualaikum...

Sesuatu yang rumit untuk difikirkan. Sesuatu yang sukar untuk di bayangkan.

  • Bagaimana hidup dalam 3-4 tahun di dunia PhD?
  • Mampu ke bertahan membujang lagi 4 tahun?
  • 31@32? sukar untuk hadapi 1460hari @35040jam kalau setiap masa seperti sekarang.
  • Di usia yang tua ni, mampu ke menangani stress belajar seorang diri?
Banyak lagi yang perlu dipikirkan sebelum mengklik button "submit".
Nampaknya aku perlu berhijrah jauh dari tempat ini. Ok, mulakan langkah sekarang.

Wednesday, July 7, 2010

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum...

Tengah update data, baru kusedari yang hari ini adalah 7hb 7...

Ape sejarah 7hb 7 itu???


Mmmmm....

Sekian...

Nota: Akibat terlebih makan durian, demam mendatangi diri...