Tuesday, July 13, 2010

Goodreads Malaysia: 50 Buku Setahun 2010

Assalamualaikum...

Berita Harian 06/07/2010 memaparkan berita mengenai target 50 buah buku setahun.

Tidak mustahil.

Seminggu 1 buah buku (bukan sebulan 4 buah buku). dalam setahun ada 52 minggu. setelah ditolak 2 minggu untuk cuti hari raya, maka cukuplah 50 minggu = 50 buah buku.

Hari ini 13/07/2010 merupakan hari didalam minggu ke 28, maka sepatutnya telah habis 27 buah buku dah hampir habis buku yang ke 28.

01/01/2010 bermula pada hari jumaat, untuk disiplin matematik yang tegas, maka setiap buku baru hendaklam mula di baca pada hari jumaat dan perlu habis pada atau sebelum khamis.

Secara purata setiap hari perlu membaca cuma antara 50-70 muka surat untuk menghabiskan buku antara 350-490 muka surat. Suatu angka yang sedikit jika di bandingkan dengan masa yang di gunakan untuk menonton television.

Walaupun pada awal tahun hanya menetapkan 24 buah buku untuk tahun 2010 ini, tetapi di sebabkan oleh "kempen" oleh Goodreads Malaysia maka 24 berubah kepada 50.

Setakat ini sudah selesai 24 buah (bermakna kurang 3 buah berbanding dengan yang sepatutnya). Tetapi buku Natrah cuma ada 160 page lagi, buku Yakjuj Makjuj pula lagi 100 pages dan ada beberapa buah lagi hampir habis.

Apa tunggu lagi, jom membaca.

Nota: Buku Natrah dengan diskaun 30% (RM52.50 untuk staf) di penerbit UTM. Nak order, bagi tau saya.

No comments:

Post a Comment