Thursday, July 29, 2010

Program Hujung Minggu@PTS

Assalamualaikum...

Buru je buka internet malam ni, tiba tiba dapat email dari PTS. Berbunyi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pelanggan bookcafe yang dihormati,

Mohon maaf sekiranya e-mel ini mengganggu tuan-tuan dan puan-puan. Mohon maaf juga sekiranya ada di antara tuan-tuan dan puan-puan menerima emel ini untuk kali kedua. Berlaku kesilapan teknikal semasa emel dihantar.

Jualan hujung minggu datang lagi menemui peminat-peminat buku. PTS, penerbit buku umum pelbagai kategori dalam bahasa Melayu nombor 1 di Malaysia akan mengadakan program Hujung Minggu@PTS.

Jualan yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos ini bakal memberi peluang kepada pengunjung membeli buku-buku keluaran PTS dengan harga yang lebih murah.

Program hujung minggu ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang bertempat di PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.

Klik di sini bagi melihat lokasi PTS http://pts.com.my/index.php/contact/
Pelbagai pengisian dalam program tersebut antaranya pameran dan jualan buku. Diskaun dari 25% untuk semua buku dan diskaun 50% untuk buku terpilih.

Sehubungan dengan itu, PTS menjemput tuan dan puan menghabiskan masa hujung minggu pada 31 Julai dan 1 ogos ini di premis PTS.

Rebutlah peluang membeli buku-buku terbitan PTS pada kadar diskaun istimewa.

Tuan dan puan juga boleh sebarkan e-mel maklumat ini kepada peminat-peminat buku PTS yang lain supaya mereka juga tidak terlepas peluang berhujung minggu di PTS.

Jumpa tuan dan puan di Program Hujung Minggu@PTS yang bakal memeriahkan hujung minggu Tuan dan Puan.

Jika di Badan Cemerlang beri diskaun 20%, dekat PTS pulak beri diskaun sehingga 50%(buku yang terpilih) Agak agak buku ape yang tu? Mesti buku buku lama yang masih ada dalam stok. Jom search buku di PTS online. Atau pun buku buku berkaitan dengan bulan Ramadhan.

Nota1: Nampaknya menunggu gaji bulan depan kena la puasa. Raya tahun ni beli kopiah baru je. Tart gulung nenas macam mane pulak?

Nota2: Emosi malam ni tak stabil sebab nak kena review buku di PTS.

No comments:

Post a Comment