Sunday, July 25, 2010

Potongan 20% di Badan Cemerlang (24 Julai - 24 Ogos 2010)

Assalamualaikum wbt...

Sekaranglah masanya untuk memborong buku buku yang di idam idamkan. Potongan 20% boleh dikatakan agak besar juga. Tetapi hanya layak kepada yang mempunyai "kad ahli" sahaja. Yang tak menjadi ahli hanya dapat potongan 10% sahaja (kalau peraturan tahun lepas masih digunapakai). Buat kad ahli hanya rm5. Kalau dah beli buku sampai rm 100 tu, baik buat "kad ahli" aje. Nanti lain kali (diluar waktu promosi) boleh dapat potongan 10%.

Sebenarnya saya boleh dikatakan sudah jemu untuk membeli buku dengan potongan hanya 10%, sebab itu lah apabila ada tawaran potongan yang lebih dari 15% baru semangat nak membeli secara borong. Bukan beli buku murah tapi kita kena bijak dalam mengatur strategi membeli. Hehehe

Selepas memborong buku buku PTS di pesta buku dengan potongan 30%, kegilaan memborong mula timbul kembali pada 19 Jun yang lalu. Dari 19 Jun hingga 17 Julai, nilai buku yang saya beli berjumlah RM484.40 (harga sebelum tolak potongan)

19/06/2010: RM95 (sebelum potongan 25%) = 71.30
24/06/2010: RM237.50 (sebelum ptongan 25%) = 178.20
26/06/2010: RM52.90 (tiada potongan) = 52.90
07/07/2010: RM75 (sebelum potongan 30%) = 52.50
17/07/2010: RM 24 (sebelum potongan 10%) = 21.60

Jumlah selepas potongan = RM 376.50.

Telah jimat RM107.90 BERBALOI BALOI...

Pengiraan sebegini membuatkan saya rasa untuk pergi memborong buku di Badan Cemerlang, Plaza Angsana Johor Bahru. Nasib baik promosi ini hanya setahun sekali. Kalau tak, membujang la sampai ke tua...

Hilman, kamu perlu sedar. Koleksi buku yang ada sekarang ni, 23 buah masih belum di baca dan 9 buah buku sedang dibaca. Huhuhu "Box" tempat menyimpan "harta harta karun" pun dan penuh. Kena la cari "box" yang baru sebelum ada rumah sendiri untuk diletakkan rak buku.

Nota1: GR-MY banyak memperkenalkan buku buku menarik untuk di cari.

Nota2: Selepas ini cari buku "Halil Inalcik" dan " Naquib al-Attas"

No comments:

Post a Comment