Sunday, July 26, 2009

Ketentuan

Assalamualaikum wbt

Dah banyak hari tak tulis sesuatu kat blog ni. Kalau ikutkan hati, banyak benda yang nak di luahkan. Tapi masa tak berapa mengizinkan(cewah, padahal banyak buang masa buat benda lain). Banyak betul dugaan dan cabaran yang berlaku dalam minggu ni. Tunggu next posting la. Malam ni nak mengingatkan diri ini tentang drama TV3 pukul 10 mlm tadi yang baru habis dalam 25 minit lepas.

Sedih betul cerita tadi. Semoga Allah menjauhkan sifat bakhil dan riak dalam diri ini. Cerita mengenai seorang anak yang berjaya dalam pelajaran dan hidup (jika diukur dengan kekayaan) bersikap sombong dengan adik beradik nya sendiri dan bersangka buruk terhadap kakak dan adik nya yang hidup agak susah di kampung. Begini la akan berlaku sekiranya kota terlampau taksub terhadap kekayaan, pangkat, wang ringgit sampaika darah daging sendiri pun tak percaya.

Kisah ini memberi peringatan kepada diri ini supaya tidak sombong dengan ape yang diperolehi sekarang ini kerana semua ini adalah pinjaman sementara dari Allah swt. Bila-bila masa Dia boleh tarik balik segala nikmat yang di beri. Memang susah nak dapat hidup senang dan memang susah hidup bila hidup senang.

So, hidup ini bukan untuk menyenangkan diri sediri tapi untuk hidup yang boleh membahagiakan diri ini dan orang-orang disekeliling. Memberi kegembiraan dan kemudahan kepada orang lain membuatkan hati ini turut gembira. Semoga orang yang membenci@rimas@muak dengan diri ini diberi kelembutan hati untuk menerima@memaafkan@selesa dengan diri ini. Kerana kebencian itu membuatkan diri ini terasa tidak tenteram.

Aik, apesal dah melencong jauh ni? Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Tajuk posting di beri berdasarkan tajuk drama td...hehehhee


Nota 1: Kejayaan hari ini bukan milik kita seorang. Kita mempunyai tanggungjawap yang lagi besar.

Nota 2: Baru dapat SMS dari adik. Duit untuk bayar kereta die dah bank in. Bayar 50-50. Adik punya pasal, kalau bukan kita adik beradik yang tolong, siapa lagi. Air dicincang tak kan putus.

Nota 3: Semangat membaca, ke mana engkau menghilang? Pulanglah.....Banyak lagi buku yang perlu di baca...

No comments:

Post a Comment