Tuesday, July 28, 2009

"Compile"

Assalamualaikum wbt.

Nampak nya dalam 2 3 hari ni takde la busy sangat, tp tak sempat untuk meng"compile" perjalanan harian utk tatapan di hari tua(eh, muda lg ke??). Banyak jugak peristiwa2 "bersejarah berlaku dalam bulan Julai 2009 ni. Kereta rosak, check salah tulis no i.c(igt kite ni dah tua ke), jilid thesis, kunci rumah hilang, mencari penunu bunsen dan banyak lg la......

Sekarang yg paling best adalah attend talk berkaitan dengan my research. Menarik jgk talk and info yg dapat td walaupun byk jugak yg die cakap dah tau, tp dgr lg skali dpt refresh otak. Hari ni tak mengantukpun padahal pg nye bangun awal (walaupun diri ini anggap terlewat 10minit dr waktu yg diharapkan...) Semalam punye la mengantuk dengar talk, entah brape ratus kali menguap. Maklum la dah lama benar tak masuk kuliah. Kena plak dengan air-cond yg sejuk mengalahkan musim salji(hehehhe padahal tak tahan sejuk air-cond). Kat bawah ni adalah tajuk talk mengikut hari.

Semalam: Dilute nitride and their applications in optoelectronic devices
Tadi: Heterojunction electronic devices
Esok: Semiconductor lasers and quantum well infrared photodetectors
Lusa: Semiconductor memories

Sape2 yg berminat untuk buat research boleh la mendalami bidang ni. Tambah2 bidang Dilute nitride, benda baru tu. Senang ckt dpt novelty. Hehehe Kalau ikutkan hati, nak aje bat bidang Photonics + Optoelectronic + HBT + Dilute nitride......Tp nak smbg pun kne tgk facilities dlu. Kan ada yg buat xde tempat nak fabricate. Huhuhuhu haru jawap die. Lagi satu, kena tggu ada pendorong...Hehehhe dah gatai nmpk. Bukan ape, buat research ni emosi penting. Pengalaman tuuuu.....

Nampak nya niat untuk membayar semua hutang sebelum balik kg ni telah hampir berjaya. Cuma hutang "lomo cam" je yg belum dibayar. InsyaAllah esok bankin duit ke maybank agar dapat jelaskan semua duit org. Biar duit xde, asalkan dah bayar semua hutang. Nanti dah betul2 sengkek bru pinjam balik. Bila pinjam duit, kne ada niat nak bayar, baru mudah nak jelaskan hutang.

Malam ni layan map kat google. dah la xbiase balik ikut Jerantut. nanti ada yg tersalah haluan. Huhuhuhu Esok pulak nak g sambung repair kereta untuk perjalanan yg jauh dihujung minggu nnt...Habis jugak la dalam RM300++. Melayang lagi.

Ok la. Mata dah hmpr tak blh nak buka.

Nota 1: Buku pun banyak lagi nak baca.

Nota 2: Poster pun xsiap lg.

Nota 3: Surat pengesahan dari fakulti pun xdapat lg.

Nota 4: Check pun tak klua lg.

Nota 5: Mataku semakin kabur...huhuuhu

Tapi apa pun, hidup mesti happy..

No comments:

Post a Comment