Tuesday, August 31, 2010

Pengisian di Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum wbt...

Setalah 53 tahun @ 636 bulan @ 19,358 hari negara kita merdeka, sejauh manakah kita mengetahui sejarah yang membawa kepada penubuhan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Tahukah kita yakni warga pasca kemerdekaan berkenaan konflik konflik yang berlaku semasa perlembagaan negara di rangka dan hero hero yang wujud ketika itu?

Oleh itu untuk pengisian hari kemerdekaan saya telah memilih sebuah buku biografi seorang pejuang yang mungkin tidak di canang sebagai pejuang iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sebelum ini saya ada membaca mengenai beliau di dalam buku Natrah, di mana beliau merupakan salah seorang yang berada di barasian hadapan dalam memperjuangkan isu Natrah tersebut.Tajuk: Dr. Burhanuddin Al-Helmi; Pejuang Melayu Sejati
Penulis: Ismail Said
Penerbit: Karisma Publication
Tahun: 2008
Harga: RM 20.00

Di dalam buku "Dr. Burhanuddin Al-Helmi: Pejuang Melayu Sejati", di ceritakan latar belakang politik Dr. Burhanuddin dari awal penglibatannya sehingga peristiwa penangkapan beliau di bawah akta ISA dan seterusnya kematian beliau.

Buku ini memberi sedikit gambaran mengenai politik di Tanah Melayu di awal pembentukan Tanah Melayu sehingga ke pembentukan Malaysia. Suruhanjaya Reid, Perlembagaan Negara, isu warganegara dan juga isu bahasa serta agama turut di muatkan. Kini serba sedikit mengenai pembentukan Tanah Melayu dapat diketahui. Seterusnya perlu di banyakkan lagi bacaan tokoh tokoh kemerdekaan untuk pengetahuan supaya "tidak di perbodohkan".

Rupanya 'busuk' politik di negara kita telah lahir sejak sekian lama. Berapa ramai agaknya orang orang hebat dinegara kita telah "digantung tak bertali" bagi memastikan penguasaan dan kepentingan sesetengah individu terjamin.


"selamat ulang tahun ke 27, semoga hidup sentiasa dicucuri rahmat Nya"

Saturday, August 21, 2010

Kehilangan di bulan Ramadhan...

Al-Fatihah buat arwah ayah yang telah selamat di kebumikan pada 4 pagi 16 Ogos 2010 bersamaan 6 Ramadhan 1431 H.

Semoga dengan kepemergiannya di bulan Ramadhan yang mulia ini di cucuri rahmat dariNya.

al-Fatihah...

Sunday, August 15, 2010

Balik Kampung

Kejap lagi, dalam 30 minit lagi, gerak balik kampung. Emergency.

Sunday, August 1, 2010

Lomo Cam dan 365 Harinya

Assalamualaikum...

Pagi tadi, lebih kurang jam 9 pagi, genap 365 hari dapat (beli) lomo cam ni. Memandangkan pagi tadi berada di KL, maka thread ni telah delay hampir 12 jam. 1 Ogos 2009 bermusafir dari KL ke Jerantut. 1 Ogos 2010 bermusafir dari KL ke JB.


Seperti topi tentera Rusia


First time tengok memang teruja

Second time tengok pun still teruja. Memang berbaloi.

Sedikit info mengenai lomo cam ni.
  • Berasal dari Rusia
  • Lahir pada 1967 (10 tahun selepas M'sia merdeka dan 16 tahun sebelum aku lahir)
Jutaan terima kasih kepada insan yang sudi tolong membelikannya.

Nota: Penat berhujung minggu di PTS tak hilang lagi.