Tuesday, August 31, 2010

Pengisian di Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum wbt...

Setalah 53 tahun @ 636 bulan @ 19,358 hari negara kita merdeka, sejauh manakah kita mengetahui sejarah yang membawa kepada penubuhan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Tahukah kita yakni warga pasca kemerdekaan berkenaan konflik konflik yang berlaku semasa perlembagaan negara di rangka dan hero hero yang wujud ketika itu?

Oleh itu untuk pengisian hari kemerdekaan saya telah memilih sebuah buku biografi seorang pejuang yang mungkin tidak di canang sebagai pejuang iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sebelum ini saya ada membaca mengenai beliau di dalam buku Natrah, di mana beliau merupakan salah seorang yang berada di barasian hadapan dalam memperjuangkan isu Natrah tersebut.Tajuk: Dr. Burhanuddin Al-Helmi; Pejuang Melayu Sejati
Penulis: Ismail Said
Penerbit: Karisma Publication
Tahun: 2008
Harga: RM 20.00

Di dalam buku "Dr. Burhanuddin Al-Helmi: Pejuang Melayu Sejati", di ceritakan latar belakang politik Dr. Burhanuddin dari awal penglibatannya sehingga peristiwa penangkapan beliau di bawah akta ISA dan seterusnya kematian beliau.

Buku ini memberi sedikit gambaran mengenai politik di Tanah Melayu di awal pembentukan Tanah Melayu sehingga ke pembentukan Malaysia. Suruhanjaya Reid, Perlembagaan Negara, isu warganegara dan juga isu bahasa serta agama turut di muatkan. Kini serba sedikit mengenai pembentukan Tanah Melayu dapat diketahui. Seterusnya perlu di banyakkan lagi bacaan tokoh tokoh kemerdekaan untuk pengetahuan supaya "tidak di perbodohkan".

Rupanya 'busuk' politik di negara kita telah lahir sejak sekian lama. Berapa ramai agaknya orang orang hebat dinegara kita telah "digantung tak bertali" bagi memastikan penguasaan dan kepentingan sesetengah individu terjamin.


"selamat ulang tahun ke 27, semoga hidup sentiasa dicucuri rahmat Nya"

2 comments:

  1. Penulisnya ialah rakan saya yang sudah lama tidak berjumpa. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  2. Ismail Said rakan anda???Kalau beli buku tulisannya, blh dpt diskaun tak? Kalau dapat free lg best...

    ReplyDelete