Sunday, October 10, 2010

Rencana A

Bismillah hirrahmanir rahim

Masa dengan disiplin menjalankan tugas dirasakan bergerak begitu pantas oleh aku yang salalu ditinggalkan. Sudah masuk bulan ke 10 untuk tahun 2010 Masihi. Bulan Syawal juga turut berlalu meninggalkan aku. Tinggal 2 bulan dan beberapa hari lagi untuk memasuki tahun 2011. Bagaimana dengan perancangan untuk tahun 2010? Dah tercapai? Mmmm…

Masa tidak akan kembali. Yang pergi biarkan berlalu. Yang tercicir usah dicari. Yang penting masa akan datang. Ke mana arah hendak di tuju. Hari esok bergantung pada perancangan dan perlaksanaan pada hari ini, masa ini, detik ini.

Rencana A: i)Mengambil IELTS pada bulan Febuari atau March—ii)Merantau ber’jihad’. Ya, aku sudah nekad untuk menjadikan dua peristiwa penting ini sebagai sasaran ku. Dua peristiwa ini akan ku jadikan sehebat peristiwa 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963. Kejayaan untuk rencana ini haruslah bermula dari sekarang.

Jika dahulu aku hanya membaca buku Melayu kerana sudah jemu mebaca buku rujukan dalam bahasa penjajah, kini aku perlu menamatkan segera pembacaan buku dalam bahasa Melayu dan menambah penguasaan bekomunikasi dalam bahasa inggeris. Buku buku terakhirku untuk versi Bahasa Melayu

  1. Alexander Adalah Zulqarnain
  2. Biografi Rasulullah saw Jilid 2
  3. Akhlak Bermuamalat
  4. Jenayah
  5. Ringkasan Riyadus Solihin
  6. Penipuan Evolusi
  7. Agama Dan Politik
  8. Hebatnya Bulan Islam
  9. Keberanian Luar Biasa Ulama Zaman Lampau
  10. Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel
  11. Maryamah Karpov

Ya. 11 buah ini sahaja yang akan aku sudahkan bacaannya. Yang lagi 100 buah buku yang masih belum di baca, maaf, aku tidak akan baca dalam masa tahun 2011. Akan aku cuba menahan nafsu yang amat ganas ini.

Akan aku habiskan masa ku yang tersisa selepas ini dengan bacaan berbahasa inggeris dan buku buku rujukan yang mahal tebal untuk menambah ilmu yang tersangat cetek ini. Akan ku gunakan enjin Ferrari.

Rencana B juga harus difikirkan sebagai backup jika jalan untuk Rencana A telah di tenggelami air atau pun runtuh di sebabkan kecelakaan yang tak di duga.

No comments:

Post a Comment