Monday, May 3, 2010

Ketenteraman Jiwa

"Aku berlindung diri dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya dan seksaan-Nya dan kejahatan para hamba-Nya daripada bisikan-bisikan syaitan dan jangan sampai mereka menggangguku."

Daripada al-Walid bin al-Walid r.a bahawa dia telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w katanya: "Wahai Rasulullah, aku sering berasa tidak tenteram." Maka Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila engkau hendak tidur, maka bacalah doa ini (tersebut di atas) nescaya mereka tidak dapat membahayakanmu atau mendekatimu sekalipun."

(Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd. Wahid Abd. Hanif)

Assalamualaikum wbt...

Akibat dari jiwa yang tidak tenteram...
1. Hidup tak tenang.
2. Otak berserabut.
3. Semua kerja tak menjadi.
4. Masa terbuang begitu sahaja.
5. Buat kerja yang tak berfaedah.
6. Mood membaca hilang.
7. Makan tak lalu.
8. Tidur yang berlebihan.
9. Menonton rancangan tv secara berlebihan.
10. Kerja tertangguh.
11. Kejap lapar, kejap kenyang.
12. Mood nak main badminton pun takde.


Ini lah yang berlaku sekarang. Sejak masuk bulan Mei. Jika tak di rawat, ia boleh menjadi penyakit yang sangat merbahaya.

Apa yang difikirkan sekarang: NAK BALIK KAMPUNG.....

Hari ni(6 May) pun masih tak mampu mencari arah tuju... Suatu perasaan yang sangat bahaya...

chaiyokkkkkk

No comments:

Post a Comment