Friday, April 2, 2010

Semakin Tenat

Assalamualaikum wbt...

Nampaknya semakin hari semakin kacau...Teringat pula satu kisah yang di jelaskan didalam Majalah Solusi Isu No 2 mukasurat 30 yang bertajuk "Adakah engkau ingin memberi pelepasan terhadap ketetapan hukum Allah?"

Suatu hari seorang perempuan telah melakukan zina. Apabila ingin di bawa ke muka pengadilan, maka keluarganya telah merayu kepada Usamah bin Zaid yang di kenali mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Nabi saw agar meminta di kecualikan daripada hukuman rejam yang akan dikenakan.
Apakah jawapan Nabi saw selepas mendengar rayuan Usamah? Sabda Nabi saw: "Wahai Usamah, adakah engkau ingin memberipelepasan terhadap ketetapan hukum Allah!"
Lalu Rasulullah saw berpidato: "Adalah Bani Israel sebelum kamu, jika yang mencuri itu adalah orang yang mempunyai kedudukan, mereka membiarkan. Tetapi jika yang mencuri itu orang yang lemah (tidak mempunyai kedudukan), mereka laksanakan hudud..."


Berdasarkan kenyataan Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri di dalam Solusi (Isu 2), merujuk didalam kitab al-Taj al-Iklil'ala Mukhtasar al-Khalil disebut tentang jenayah yang wajib pembalasan, kesemuanya ada tujuh, iaitu;
1. Jenayah penderhakaan
2. Murtad
3. Zina
4. Qazaf
5. Curi
6. Rompak
7. Minum arak

Selagi hukum yang Allah telah tetapkan ini tidak kita gunakan, maka selagi itulah jenayah tidak akan dapat kita benteras.

Kita akan marah, melenting, mengamuk apabila orang bukan Islam menghina agama Islam, tetapi kita seolah olah tidak kisah apabila orang Islam sendiri yang mencabuli hukum yang terkandung didalam al-Quran. Macam mana kita mahu orang lain menghormati agama kita sedangkan orang Islam sendiri tidak menghormati ajaran Islam dan tidak melaksanakan suruhan tetapi melakukan yang dilarang secara terang2...

Malam ni emosi betul. Mood nak membaca pun dah hilang...huhuhu

No comments:

Post a Comment