Tuesday, March 23, 2010

Surprise.....

Assalamualaikum wbt...

Jam 10.19 malam, telefon berbunyi. No pemanggil seperti no dari UTM. Memang sah. Satu kejutan...huhuhu

Untuk mengetahui kejutannya, sama2 tunggu selepas pulang dari pesta buku.

Nota1: Nasib baik tidak wajib hadir konvo. Hehehe

Sunday, March 21, 2010

Konvo lagi?

Assalamualaikum wbt...

Malam ni tak ada mood untuk buat apepun...Nak baca buku pun malas, nak tengok tv (online) pun malas, nak dengar radio pun malas...Mmmm, entah la....

Hujung bulan nanti majlis konvo untuk Master...Rasa malas nak pergi...Bukan rasa lagi, tetapi dah memang tak nak pergi pun...Degree dulu pun last minute baru ubah fikiran untuk pergi konvo setelah di paksa...

Dari pada pergi konvo, lebih baik rasa nye pergi ke Pesta Buku...Mmmm, apepun tengok la nnt ape yg bakal berlaku...

Nota: Kenapa la hati ni tak tenang?

Friday, March 19, 2010

Punca Kekalahan

Assalamualaikum wbt...

Sekarang kejohanan sukan antara Jabatan sedang berlangsung. Pengurus badminton minta saya untuk main single. Tak nak mengecewakan diorang, main juga la walaupun dah lama tak main single ni.

Di pusingan awal, lawan tidak kuat maka boleh la menang mudah. Tiba di pusingan suku akhir, lawan bekas pamain U. Walaupun usianya sudah tua, blh dikatakan hampir 2 kali ganda umur saya, tetapi pengalaman memisahkan. Uwwaaaa, malunye kalah.....

Dalam perlawanan tu, byk silap kerana corak permainan. Bermain single seperti bermain double. Lepas tu mudah terpengaruh dengan gerakan lawan. Tekanan main tournament juga tidak boleh dielak....Main semua tak menjadi...Suara2 arahan kat luar juga tak ketinggalan menggangu permainan ku.....Memang tiada bakat untuk bermain tournament...

Apepun dah kalah...tunggu tahun depan, kalau dah lama tak main mmg akan tolak...huhuhu

Nota1: Semangat membaca minggu ini berkurang....huhuhu

Friday, March 5, 2010

Apesal ada jugak namaku?

Assalamualaikum wbt...

Kerja Master ambo telah menyebabkan nama ambo masuk paper hari ni....Malas aku nak cakap paper ape....harap2 member2 tak perasan....

Tahniah kepada my supervisor....sori la xde mase press interview ari tu, sbb segan la. popular susah plak....

2000: masuk radio
2001: masuk tv
2010: masuk paper..

p/s:nasib baik nama xmasuk paper sebab xbayar ptptn....hehehhe

Sunday, February 28, 2010

Rindu.....

Assalamualaikum wbt...

Mmmm...malam ni rase rindu la pulak...boleh kata semua adik beradik aku call...Borim la pulak duk kat Johor ni sesorang...Kalau dulu ada la jugak anak buah nak di jenguk di hujung minggu...Sekarang ni dah xde...Balik kampung tempoh hari pun rase tak puas lagi melayan anak2 buah...

Bile la nak cuti lagi???

NAK BALIK KAMPUNG!!!!!

hehehehe.....teringat perbualan di telefon dengan Mie dalam perjalanan pulang ke kampung. "Ni balik rumah mane?"...Terkejut gak....aik, sejak bile ada rumah lain??...dengan nada ketawa aku menjawap..."Sejak bile oghe kawen?Ish3x....."...

Sikap yang meniti usia...

Assalamualaikum wbt...

Dah agak lama tak menyampaikan sesuatu di sini. Banyak yang hendak di sampaikan tetapi memandangkan kekangan waktu, terpaksa di batal kan.... Masa memang tak menunggu kita, oleh itu terpaksa menggunakan sisa sisa yang tinggal untuk membaca... Dan di blog ini untuk mencatatkan nota bacaan...

Semakin hari, semakin kurangnya sikap mengutamakan keperluan orang lain. Masing masing sibuk untuk memenuhi keperluan peribadi yang tak pernah cukup. Tak nak buang masa, kat sini nak kongsi kisah sahabat Nabi saw sebagai pedoman dan renungan untuk diri ini dan sesiapa yang ingin mengambil ikhtibarnya..

Tiga orang sahabat Nabi saw, Ikrimah bin Abi Jahl, Suhail bin 'Amr dan al-Harits bin Hasyim, ditemui luka parah seusai Peperangan Yarmuk.

Ikrimah berasa kehausan, lalu seseorang membawakannya segelas air untuknya. Ketika dia mengangkat gelas itu kemulutnya, ia melihat Suhail bin 'Amr yang juga merintih kehausan. Lalu dia berkata,"Berikan air ini untuk Suhail." Air itu lalu dibawa kepada Suhail. Ketika ia hendak meminumnya, ia melihat al-Harits bin Hasyim juga cedera dan sedang kehausan. Ia lalu berkata,"Berikan air ini untuk al-Harits." Ketika air itu dibawa kepada al-Harits, ternyata sahabat Nabi ini telah meninggal dunia. Orang yang membawa air itu segera berlari ke Suhail. Ternyata ia pun sudah meninggal dunia.

Ketika ia berlari semula ketempat Ikramah, sehabat ini juga baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Itulah kisah yang telah dipetik dari Majalah Solusi Isu 6, (ms28). Ternyata sangat berbeza dengan masyarakat kita sekarang. Kita semakin jauh dengan sifat sifat terpuji yang di tunjuk kan sebagai contoh oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Kita tamak dan selalu tewas dengan nafsu atau lebih tepat menyerah diri dengan nafsu.

Banyak lagi ikhtibar yang boleh diperolehi di dalam Majalah Solusi ini dan dari bahan bahan bacaan yang bermanafaat yang lain. Oleh itu marilah kita menukar budaya membuang masa kepada budaya membaca bacaan bermanfaat. Cuba fahami yang tersurat dan tersirat serta ambil ikhtibar darinya supaya kita mampu menjadi manusia yang tidak lalai dan mampu membimbing anak anak kelak. Pesanan ini ditujukan kepada penulis terutamanya...

Sekian, Wassalam...

Wednesday, January 6, 2010

20 Muharram........

Assalamualaikum wbt...

Tanggal 20 Muharram 1404, (ada sumber menyatakan 19 Muharram, tp aku rs mcm 20 Muharram lg tepat) tepat jam 1815 aku telah dilahir kan.......hehehe kira nye tak sampai 1 jam lagi ulang tahun kelahiran aku.....kiranye tahun ni, 1431-1404 dah 27 (H) tahun la aku.....

tahun ni aku berazam nak banyakkan membaca.....so dengan itu blog ni juga bakal terabai,....huhuhuhuhu

Sekian dahulu untuk kali ini.....kite tgk brape byk buku dan artikel yang berjaya habis dibaca.....

Wassalam.....