Sunday, January 2, 2011

[Buku] Aku, Buku dan Cinta

Bismillahhirrahmanirrahim

Sebelum 2010 menutupkan tirainya, aku telah berjaya menyudahkan bacaan buku yang ke 65 untuk tahun 2010 iaitu Aku, Buku dan Cinta, tetapi ini bukan buku yang terakhir untuk 2010 kerana buku yang terakhir untuk 2010 telah di 'menangi' oleh buku tulisan Sasterawan Negara (Shahnon Ahmad). Penulis yang terkenal dengan buku La Tahzan ini telah berjaya menghasilkan sebuah buku yang sesuai dijadikan panduan kepada pemburu ilmu.

Dalam buku ini penulis menceritakan sejarah para ilmuan dalam mengembara memburu ilmu. Antara ilmuan yang dinyatakan penulis ialah Malik bin Anas (93-179H), Sufyan al-Tsauri (97-161H), Imam al-Syafi’I (150-204H), Yahya bin Mu’in (157-233H), Ahmad bin Hanbal (164-241H), Muslim bin al-Hajjaj (206-261H), Ibn Hazm (384-456H), Ibn Taimiyah (661-728H), al-Dzahabi (673-748H), Baqiy bin Makhlad (201-276H), dan al-Syaukani (1173-1250H). Kisah jihad ilmuan ini sepatutnya kita jadikan pembakar semangat dan batu loncatan dalam kita menuntut ilmu. Kita yang hidup di zaman yang di katakan serba moden ini sepatutnya tidak mempunyai alasan dalam memburu ilmu.

Dr. ‘Aidh juga ada menyenaraikan kitab kitab yang sepatutnya di baca oleh setiap ummat Islam. Tidak ada satu pun senarai kitab itu pernah saya baca. Sedih betul. Apa yang telah saya lakukan selama 27 tahun ini? Adakah masih mampu untuk tidur dengan nyenyaknya sedangkan ilmu belum cukup. Inilah beza nya menuntut ilmu untuk pengetahuan dengan ilmu untu peperiksaan. Nampaknya kena kurangkan membaca buku yang kurang bermanfaat.

Saya amat tertarik dengan perkataan yang digunakan oleh penulis iaitu “Tidak ada satu kitab pun yang sempurna kecuali al-Quran”. Ya, memang tepat sekali. Jadi pandai pandailah kita menilai pandangan, idiologi, falsafah yang terkandung dalam buku yang di baca. Kita di serang dari setiap penjuru oleh libralisme, pluralisme, sekularisme dan bermacam macam isme yang lain. Oleh itu dengan ilmu pengetahuan dan bacaan yang tepat sahaja yang mampu membezakan setiap isme ini.

Sebenarnya banyak lagi ilmu yang akan anda dapat setelah membaca buku ini. Apa yang saya nyatakan di atas belum sampai 1%. Tidak sia sia waktu anda jika di habiskan untuk membaca buku ini.

Sekian...